in

“Takda pun cakap nak berubat?” – Netizen Persoal Bila Puteri Balqis Nak Guna RM100K Sumbangan Aliff Syukri Untuk Main ‘Forex’?

Featured Image Ab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang perasan, sejak beberapa harini, nama pelakon cilik Puteri Balqis boleh dikatakan trending di seluruh Malaysia.

Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja kisah baharu yang muncul dari sisi hidup dia bersama ibunya.


Baru-baru ni, Puteri Balqis dan ibunya telah pergi berjumpa dengan jutawan kosmetik iaitu Dato Seri Aliff Syukri bagi menerima wang sumbangan daripadanya.

Macam biasalah, sapa sahaja tak kenal dengan gelagat dan celoteh Aliff Syukri ni kan? Ada sahaja benda yang nak dirakam untuk menjadi content youtubenya.

Namun begitu, tular di laman Twitter mengenai hasil rakaman video live Aliff Syukri bersama Puteri Balqis.

Dalam video itu, Aliff ada bertanya kepada Puteri mengenai apa yang akan dilakukan terhadap wang RM100 ribu hasil sumbangannya terhadap dia dan ibunya.

Puteri dengan tenang menjawab persoalan itu dengan menyenaraikan tiga perkara yang akan dilakukan setelah mendapat wang tersebut.

“RM100 ribu dapat dekat Puteri, apa yang Puteri nak buat?” – Aliff Syukri

“Duit tu ada yang Puteri nak simpan, ada yang nak disedekahkan, dan untuk forex. Kami suka graf” – Puter Balqis

Hasil jawapan yang  diberikan oleh Puteri itu terus menjadi persoalan dan tanda tanya kepada ramai netizen.

Rata-rata netizen mempersoalkan kenapa wang sumbangan tersebut tidak digunakan untuk perubatan akan penyakit yang menimpanya. Malah, dia boleh terfikir untuk menggunakannya bermain forex?

“Takda sebut untuk rawatan pun?”

For1
Sumber: twitter

Forex tu judi moden?

For2
Sumber: twitter

Guna duit tu untuk benda lebih berfaedah!

Fro3
Sumber: twitter

Alamak, mungkin adik Puteri terlupa nak mention kot. Kan video tu live. Bersangka baik jelah korang ni.

 

Baca: “Korang dah labur RM65 dekat that sh*t?” – Individu Kritik Netizen Beli Buku Puisi Puteri Balqis, Dakwa Membazir & Bakal di ‘Scam’

Lakj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.