Kebelakangan ini, terdapat banyak kes penculikan kanak-kanak serta desas-desus berkaitan kes jenayah tersebut, sudah pastinya perkara ini memberikan kerisauan dan kegusaran terutamanya kepada ibu bapa.
Banyak tips serta tunjuk ajar yang dilakukan oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa bagi menangani kes-kes tersebut.
Dalam sebuah perkongsian di TikTok, sebuah tadika yang difahamkan terletak di Vietnam melakukan satu simulasi dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak itu apa yang perlu dilakukan jika berhadapan dengan ‘penculik’.
@kakakscrunchie
Video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @nshyafira menunjukkan seorang dewasa yang memainkan watak sebagai ‘penculik’ memberikan gula-gula dan permainan kepada kanak-kanak, kemudian apabila seorang kanak-kanak itu mengambil barangan tersebut dia dibawa lari keluar.
Perkara itu menakutkan kanak-kanak yang lain dan apabila mereka didatangi oleh ‘penculik’ itu sekali lagi, mereka terus menolak pemberian itu dan menjerit ketakutan.
“Tak trauma ke budak-budak tu?”
Walaupun cara itu kelihatan betul dan boleh menyelamatkan kanak-kanak daripada diculik, tetapi ramai juga yang merasakan ia terlalu melampau dan boleh mendatangkan trauma kepada kanak-kanak tersebut.
Hmm, apa pendapat korang pulak?
Baca: “Terpengaruh cerita luar negara” – Kali Ini Kanak-kanak Di Ipoh Pula Reka Cerita Diculik ‘Van Putih’