Korang pernah tak double park? Selalunya kawasan yang ramai orang pergi, macam hospital ke bangunan-bangunan kerajaan ni memang susah betul nak dapat parking sampai terpaksa double park.
Tapi biasanya, bila kita buat macam ni kenalah juga ada common sense macam tukar gear ke neutral atau letak nombor telefon, kan?
Namun kejadian yang berlaku di satu taman rekreasi ni lain pula ceritanya. Baru-baru ini, tular gambar menunjukkan sebuah kereta Proton Saga dilihat telah double park.
Ternyata perkara ini telah menyebabkan gangguan lalu lintas. Tapi bila orang yang terlibat cuba nak cari nombor telefon di bahagian dashboard kereta, lain pulak yang dorang jumpa. Pemilik kenderaan tersebut telah meletakkan vest polis sebagai ganti nombor telefon. Amboiiii
Standard nak riadah lepastu double park tengah jalan sampai jadi jem teruk tak tinggal no fone tapi letak vest.”
Netizen telah menyelar tindakan individu tersebut. Rata-ratanya tak bersetuju dan mengharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang sepatutnya.
Ekoran ini, pihak polis telah meminta individu merakam gambar kereta yang mempunyai vest polis itu untuk tampil membantu siasatan lapor Harian Metro.
Kejadian ini dikatakan berlaku di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan meminta agar pemilik gambar ini menghubungi Deputi Superintendan Koo Boon Kuat di talian 016-4173222.
Polis sedang mengesan individu yang merakam gambar itu bagi membantu mengenal pasti pemilik kereta berkenaan.”
Selain itu, Yahaya turut meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi sehingga menjejaskan siasatan serta menggugat reputasi Polis Diraja Malaysia.
Harapnya orang yang terlibat tampil bantu siasatan, kalau viral je takde penyelesaian tak best jugakkan?
Baca: Kumpulan Ekstremis Lancar ‘Website’ Di Malaysia Guna Gambar KLCC, Polis Minta Jangan Risau