Lagi-lagi kes pemandu mabuk!
Kes seperti ini nampaknya tidak berkesudahan dan kali ini berlaku di Jalan Bunga Chempaka 2, Ampang selepas seorang wanita warganegara China katanya telah melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.
Menurut video yang dikongsikan Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, wanita itu dilihat memandu Proton Wira dalam keadaan merbahaya dan mengundur masuk ke dalam sebuah garaj.
Dalam keadaan terhuyung hayang, pemandu berkenaan berjaya keluar daripada kenderaannya dan kemudian dikerumuni penduduk yang berada di tempat kejadian.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1851631445014557/438815290680984
Hasil laporan IPD Ampang Jaya mendapati wanita terbabit telah melanggar sebuah kereta jenis Mazda yang diparkir di bahu kiri jalan sebelum mengundur dan melanggar pula kereta jenis Honda City di bahu kanan jalan.
Suspek kemudian telah memandu ke arah Jalan Bunga Mawar 5A dan sekali lagi hilang kawalan menyebabkannya melanggar kereta Proton Saga pula yang berada di tepi kanan jalan dan sebatang tiang lampu.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1851631445014557/164622952176626
Setelah itu, pemandu tersebut mengundur keretanya hingga terhenti di dalam garaj di tepi jalan.
Hasil ujian alkohol mendapati wanita tersebut mempunyai tahap kandungan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan.
Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan berpendapat tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa dalam isu pemandu mabuk yang bukan saja berbahaya namun boleh meragut nyawa orang yang tak bersalah jika tidak bernasib baik.
Harap tindakan tegas diambil buat pemandu mabuk ni. Hari-hari ada saja kes mereka.