Seorang lelaki dipercayai warga China baru-baru ini telah bergambar dengan seekor monyet yang comel. Bagaimanapun, gelagat monyet tersebut telah menarik minat ramai warganet lalu membuatkan video tersebut menjadi tular di laman sosial.
Sewaktu kejadian tersebut dirakam, monyet itu sempat ‘buat-buat garang’ seperti mahu memberi amaran kepada lelaki itu agar tidak mendekatinya.
Namun lelaki itu tidak menghiraukan malah mendekati merapatkan lengannya ke arah monyet itu. Monyet itu cuba menakutkan lelaki itu dengan ingin mengigit lengannya namun lelaki itu membiarkan saja.
Artikel berkaitan:“Dia lapar tu bang, beras mahal sekarang,” – Gelagat Monyet Makan Tepung Gandum Cuit Hati Netizen
Artikel berkaitan: Monyet Rampas Beg Susu Anak, Wanita Merayu Pulangkan Balik
Apa yang melucukan, lama kelamaan monyet itu menjadi lembut hati selepas menatap wajah lelaki tersebut. Malah, dia menjadi seakan-akan malu dan merajuk setelah lelaki tersebut tidak mengendahkannya.
Lelaki itu kemudian mengusap kepala monyet itu dan seakan mereka sudah lama mengenali.
Best juga kalau dapat bela satu ni, boleh bawa teman pergi jalan-jalan.