Perbuatan sihir ditegah dalam Islam namun segelintir orang zaman sekarang menggunakan cara terkutuk itu untuk menganiaya orang yang mereka tidak suka.
Kadang-kadang disebabkan perkara yang kecil, mereka yang disihir hidup sengsara sampai ada yang meninggal dunia.
Menurut Utusan Malaysia, seorang artis wanita didakwa disihir oleh bekas suaminya gara-gara mahukan harta. Mungkin ada perselisihan faham antara mereka hingga menyebabkan bekas suaminya sanggup mengupah orang untuk menghantar sihir tersebut.
Artis wanita itu dikatakan popular ketika awal tahun 2000 dan lakonannya ‘laku keras’ di layar perak. Selepas itu, keberadaannya dalam industri sekejap ada sekejap tak ada.
Dia masih ada dalam dunia seni hiburan cumanya mungkin tawaran untuk berlakon ‘tak kencang’ seperti dahulu.
Namun begitu, kebelakangan ini dikatakan artis wanita tersebut jatuh sakit gara-gara sihir. Lebih mengejutkan, apabila dia pergi mendapatkan rawatan cara Islam, pelaku yang menghantar sihir itu adalah bekas suaminya sendiri.
Artikel berkaitan: “2 kali rebus tetap sama” – TikToker Terkejut Muncul Segumpal Rambut Dalam Laksa, Syak Terkena Sihir
Artikel berkaitan: “7 batang jarum, 7 hari tak ada pelanggan” – Lelaki Terkejut, Jumpa Sihir Terlekat Atas Siling Kedai
Mungkin harta artis wanita itu terlalu banyak sehingga bekas suaminya tergamak menghantar sihir demi mendapat apa yang diinginkan?
Namun, jumlah harta yang dimiliki oleh artis itu tidak dapat dipastikan.
Apa-apapun, moga artis wanita tu cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Utusan Malaysia