Esok merupakan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 dan biasanya ramai orang yang dah pun bersiap sedia dengan perancangan masing-masing untuk sama-sama menyambut hari kemerdekaan ni.
Tapi mesti ada antara korang yang tak tahu lagi nak pergi mana kan? Tapi pada masa yang sama takkan nak lepaskan peluang untuk tengok bunga api dan acara-acara menarik yang diadakan sempena hari kemerdekaan ni kan?
Korang jangan risau, dekat bawah ni kita senaraikan beberapa tempat yang korang boleh pergi malam ni bersama dengan keluarga atau kekasih hati.
1. Suria KLCC
Kalau sebut Malaysia dekat orang luar, kebanyakan dari dorang mesti terbayang KLCC kan? Jadi mestilah sambutan ambang Merdeka juga ada dibuat di sana!
Malam ni, di Taman Esplanade KLCC, korang dapat tengok acara bunga api dan menonton persembahan artis-artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Dato’ David Arumugam dan Aina Abdul sambil korang countdown ketibaan 31 Ogos.
2. Resort World Genting
Kalau korang nak sambut merdeka dengan cuaca yang sejuk, korang bolehlah pergi ke Genting Highlands sebab Resort World Genting akan membuat acara bunga api di Gohtong Way yang akan bermula pada jam 11.59pm malam ini. Menarik gak kalau naik Genting ni.
3. Anggun City Street Mall, Rawang
Kalau korang nak bawa anak-anak keluar, min rasa tempat ni paling sesuai untuk korang pergi. Sebabnya, dekat sana dorang akan buat Tarian LED Rama-Rama, Pertunjukan Makan Api dan ada juga booth karnival macam fun fair yang korang boleh main sebelum tunggu waktu tengah malam untuk tengok bunga api.
Kiranya dari acara bermula pukul 6 petang sampailah ke lewat malam memang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh buat. Jom!
4. Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka
Bermula pukul 8 malam ni, korang boleh saksikan persembahan Tarian Sirih Pinang dan Gendang 42 Musim serta persembahan dari artis seperti Aishah The Sibling dan Dibae The Sheikh Band sebelum tengok pertunjukan bunga api pada waktu tengah malam. Sambil-sambil tu boleh jugak makan asam pedas eh dah alang-alang sampai Melaka ni.
5. Puteri Harbour, Iskandar Puteri Johor
Untuk orang Johor pula, malam ni selain dari menonton konsert Ambang Merdeka, korang juga boleh tengok cubaan untuk membuat kek Merdeka terbesar di dunia untuk Guinness World Records dan juga pertunjukan bunga api.
6. Gembox, Nilai
Kalau korang suka BBQ, korang boleh pergi ke Gembox, Nilai di mana beberapa aktiviti akan dibuat seperti persembahan penyanyi terkenal serta bertemu dengan pempengaruh media sosial yang popular. Selain itu, terdapat juga hidangan makanan dari 13 negeri dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bermula dari jam 6.30 petang sehingga 12.30 pagi.
Ia juga menjanjikan pertunjukan bunga api terbesar di Nilai, Negeri Sembilan tau. Kalau korang kaki makan, rugi betul tak join!
7. Dataran Merdeka
Tahun ni, sambutan ambang kemerdekaan Kuala Lumpur akan dibuat di Dataran Merdeka tau, di mana ia akan menampilkan persembahan hebat artis-artis tempatan seperti Syamel, Datuk DJ Dave, Sani Sudin dari kumpulan Kopratasa dan ramai lagi.
Acara yang bermula jam 9 malam ini juga turut disertai dengan persembahan kebudayaan dan teater. Fuh menarik!
8. Dataran Putrajaya
Untuk korang yang tak tahu, Sambutan Hari Merdeka 2023 akan dibuat di Dataran Putrajaya di mana korang boleh menonton perbarisan bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dan persembahan dari artis seperti Jaclyn Victor, Suki Low dan Zizi Kirana.
Haritu raptai penuh pun dah buat ramai excited, esok mesti lagi gempak kalau dapat tengok depan-depan kan?
Dah decide ke nak pergi yang mana satu? Semua best ni!
Baca: “Ni baru rehearsal” – Netizen ‘Goosebump’ Tengok Raptai Penuh Hari Kemerdekaan Tahun Ini