in

“Tak tahu apa dia nak” – Suami Miera Leyana Teruskan Tuntutan Nusyuz Terhadap Bekas Isteri

suami meira leyana teruskan nusyuz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami pelakon Miera Leyana, Rosland Othman memilih meneruskan tuntutan nusyuz terhadap bekas isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib walaupun mereka sudah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu.

Susulan itu, Adibah memaklumkan bersedia membela dirinya dan memberi keterangan bagi membuktikan dirinya tidak nusyuz seperti yang didakwa.


“Saya yakin, saya tidak nusyuz. Saya pun tak tahu apa yang dia (bekas suami) nak dan saya hanya membela diri,” katanya.

adibah

Harian Metro melaporkan, tuntutan yang difailkan Rosland itu pada Disember 2021 lalu ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Difahamkan, Rosland memfailkan tindakan nusyuz terhadap Adibah ketika mereka masih suami isteri atas faktor alasan ingkar perintah suami apabila tidak meminta izin ketika keluar dari rumah.

Menurut peguam yang mewakili Adibah, Mohd Junid Ramli berkata, Adibah selaku defendan sudah berusaha menyelesaikan segala tuntutan berkenaan sebelum bercerai, namun Rosland kekal dengan pendirian mahu mendakwa defendan dengan alasan tidak patuh ketika masih bergelar suami isteri.

“Apapun, plaintif (Rosland) tetap berhak meneruskan kes tuntutan ini atas alasan dan sebabnya yang tersendiri. Namun, pihak saya yang mewakili defendan (Adibah) akan buat kerja kita untuk menjawab dan membela diri bagi mengenepikan permohonan ini,” katanya.

Ekoran itu, perbicaraan kes nusyuz terbabit akan disambung pada tarikh 21 dan 26 September depan untuk Adibah memberi keterangan balas.

Sekadar info, Adibah dan Rosland sudah berkahwin selama 28 tahun dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.

Rosland juga berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana pada Julai 2020 lalu dan mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Baca: “Tergamak betul hati..” – IG Miera Leyana ‘Diserang’ Netizen Lepas Suami Cerai Isteri Pertama?
miera leyana diserang

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.