in

“Tak sombong support adik ni” – Netizen Puji Sikap ‘Humble’ Khadijah Ibrahim Berduet Dengan Buskers

Ft Khadijah Ibrahim Busker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim kini mendapat mencuri tumpuan pengguna TikTok kerana sikapnya yang begitu rendah diri bernyanyi bersama seorang busker ketika berada di Penang.

Dalam video tersebut dilihat Khadijah Ibrahim bersama busker yang dikenali sebagai Ezwan Rohman berduet lagu popularnya bersama Datuk Ramli Sarip iaitu Doa Buat Kekasih.


Artikel Berkaitan : “Kalau letak Tokti pun sah-sah terkelua” – Netizen Bengang Kool Salahkan Farawahida Punca Mereka Gagal GV Minggu Keempat?

Artikel Berkaitan : “Kami memerlukan wang itu” – [VIDEO] Caliph Busker Rayu Penganjur Bayar Duit ‘Show’

Dalam video itu kita dapat lihat Datuk Khadijah memberikan sokongan buat Ezwan dan mendoakan kejayaan Ezwan dalam bidang seni ini sebelum menyambung nyanyiannya. Datuk Khadijah Ibrahim juga ada berinterasi dengan orang awam untuk nyanyi bersamanya.

@khadijah.ibrahim04

#khadijahibrahim #halalhitea #bazaar #fypviral #foodtreasure #hitea #foreveryoung

♬ original sound – khadijah ibrahim – khadijah ibrahim

Ramai netizen memuji sikap rendah diri Datuk Khadijah Ibrahim yang tak berduet dengan busker mendendangkan lagunya ini. Jadi, ramai juga netizen mendoakan kesihatan dan rezeki yang melimpah buat penyanyi ini.

Dalam masa yang masa kerinduan peminat-peminat Khadijah Ibrahim ini terubat setelah sekian lama tidak mendengar dan melihat penyanyi lagu Ku Pendam Sebuah Duka ini nyanyi secara live.

Screenshot 2023 11 15 125502 Screenshot 2023 11 15 125525 Screenshot 2023 11 15 125615

Tiba-tiba rasa nak dengar lagu dia ni pula.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.