Agak kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang YouTuber telah memuat naik konten menarik tudung dua orang wanita sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Ekoran ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superitendan Ashari Abu Samah telah mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan bahawa kertas siasatan ke atas YouTuber tersebut telah pun dibuka selepas mendapat laporan pada 5 Julai lalu.
Selain itu, pihak polis turut menahan lelaki berusia 24 tahun itu untuk membantu siasatan dan telah pun dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Sesiapapun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.”
https://www.facebook.com/PolisKL/posts/409054711248625
Ashari turut menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang rakaman atau penyebaran video yang mengandungi kandungan yang boleh mendatangkan kegusaran di kalangan masyarakat atau menyentuh sensitiviti.
“Tak setimpal langsung”
Kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook Polis KL ini telah mendapat perhatian ramai netizen. Bagaimanapun, melihat ke ruangan komen, rata-rata mereka tak puas hati dengan akta yang diberikan kepada YouTuber tersebut.
Kebanyakan dari netizen ini meminta agar hukuman lebih berat diberikan kepada pelaku kerana merasakan YouTuber tersebut telah mempermainkan maruah wanita bertudung.
Alamak sikit sangat ke? Korang rasa macam mana?
Baca: Viral ‘Prank Tarik Tudung’, Polis Terima Laporan & Cuba Kesan 2 Wanita Untuk Keterangan