in

Tak Sengaja Masuk Bilik Air Ketika Majikan Mandi, Denda Dikenakan Pada Wanita Ini Buat Netizen Berdebat

Untitled Collage 94

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang bekerja sebagai cleaning lady di sebuah syarikat pengurusan hartanah di Hangzhou, China dikenakan denda 2,000 yuan selepas tidak sengaja masuk ke bilik air ketika seorang pengurus lelaki sedang mandi.

Memetik laporan Global Times, ketika kejadian dia dikatakan masuk ke bilik air untuk mengambil beberapa peralatan tanpa menyedari pengurusnya sedang mandi.


Lelaki berkenaan kemudian memfailkan aduan, dan wanita yang hanya dikenali sebagai Zhang itu dikenakan denda lebih dari setengah gaji bulanannya.

Zhang mendakwa ia merupakan satu kesilapan yang tidak sengaja dilakukan dan enggan membayar denda tersebut.

Insiden itu mendapat perhatian selepas Zhang membuat aduan kepada pihak media. Ia sekali gus mencetus perdebatan netizen, yang turut berpendapat bahawa denda dikenakan agak keterlaluan.

Eopxjvbwmaehudg

2 7

1 5 1

Syarikat tersebut bagaimanapun berkata, denda tersebut dibuat mengikut penilaian peraturan yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Namun Zhang mendakwa dia tidak tahu menahu mengenai peraturan tersebut, dan akhirnya bersetuju untuk membayar denda sebanyak 1,200 yuan.

 

Baca: “Tak rasa pun benda ni salah” – Bos Paksa Staf Makan Anak Ikan Hidup & Minum Darah Ayam Sebab Tak Capai Target

Capture 22

Sumber: Global Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.