in

“Tak semua sanggup gadai nyawa…” – PMX Tersinggung Ada Pihak Pertikai Usaha Bantu Gaza

syaz ft 2025 10 10T152945.655

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) meluahkan rasa tersinggung terhadap segelintir pihak yang mempertikaikan penyertaan sukarelawan tempatan dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin serta mempersoalkan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersempena Sidang Kemuncak ASEAN.

PMX menegaskan, ketika seluruh dunia termasuk Mesir, Qatar dan Hamas sedang berusaha mencari jalan damai, rakyat Malaysia sepatutnya bersatu hati dan mendoakan kejayaan inisiatif tersebut, bukannya menimbulkan polemik politik yang tidak sihat.


Artikel berkaitan: Minta Bantuan Presiden Turkiye, PMX Kata Aktivis Malaysia Akan Dibawa Keluar Ke Istanbul Sehari Dua Ini

Artikel berkaitan: “Dalam isu ni kita kena bersama” –  Aktivis Mohon Netizen Jangan Politikkan Isu, Dedah PMX Sudah Banyak Bantu Sumud Nusantara

“Rakan-rakan kita sembilan orang itu sedang kita urus dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan kita doakan, insya-Allah mereka akan sampai ke Istanbul. Tumpuan satu dunia sekarang ialah memastikan proses perdamaian ini berhasil.

Jadi, saya harap janganlah timbulkan bantahan terhadap lawatan dan sebagainya kerana kita juga merayu kepada Presiden Donald Trump supaya memastikan perjanjian ini dimeterai dan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Fathurrahman, Presint 11, Putrajaya, hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Anwar turut menegaskan, jika Hamas sendiri menunjukkan kesungguhan ke arah perdamaian, tidak sepatutnya ada pihak dalam negara yang menimbulkan perbalahan.

“Kalau Hamas pun nak perdamaian, yang kita ajak gaduh ini sebab apa? Orang dibunuh, negeri dijajah, anak-anak kecil dan wanita terus menjadi mangsa. Jadi kita nak hentikan itu dulu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakam penghargaan kepada sukarelawan Malaysia yang menyertai misi bantuan ke Gaza melalui flotila kemanusiaan, menyifatkan keberanian mereka sebagai satu pengorbanan yang besar.

“Tak semua orang sanggup gadai nyawa bertarung untuk bantu rakyat Gaza. Jadi, kepada yang bantu, kita ucap terima kasih dan doakan mereka,” katanya.

Mengenai sembilan rakyat Malaysia yang ditahan di Israel kerana menyertai misi kemanusiaan itu, Anwar berkata perkembangan mengenai mereka akan diketahui tidak lama lagi.

“Dia (wakil Turkiye) janji telefon pukul 3.30 petang ini. Jadi, saya umum (perkembangan lanjut) dalam Belanjawan nanti,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan penerbangan membawa 95 aktivis misi Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) termasuk sembilan rakyat Malaysia dijangka tiba di Turkiye hari ini.

Maklumat itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang memetik sumber daripada Kementerian Luar Turkiye.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.