in

Tak Sempat ‘Escort’ Ke Hospital, Wanita Thailand Ini Bersalin Tepi ‘Highway’ Dengan Bantuan PDRM

Polis 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular satu kisah yang mana seorang doktor telah membantu wanita bersalin kecemasan di tepi lebuh raya dan kali ini, kisah yang lebih kurang sama berlaku apabila anggota polis telah menolong wanita Thailand bersalin di tepi lebuh raya PLUS.

Hantaran yang dimuat naik di Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM tular baru-baru ini. Kejadian yang berlaku di Sungai Petani itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen.


Polis tak sempat escort ke hospital

Pada mulanya, pasangan suami isteri warga Thailand itu dalam perjalanan ke hospital dan si suami telah menahan kenderaan polis trafik yang sedang membuat rondaan di sekitar lebuh raya itu. Si suami terus meminta pertolongan pihak polis bagi mengiring mereka ke hospital berhampiran namun tak sempat kerana isterinya telah bersalin dalam kenderaan mereka.

Artikel berkaitan: ”Siap ajar anggota lagi” – Orang Ramai Puji Ketua Polis Negara Turun Padang Menyantuni Anggota Lain

Artikel berkaitan: Tiada Tindakan Dikenakan Kepada Pengguna Tak Pamer Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital – PDRM

Dalam pada itu, pihak ambulan yang dinaiki pegawai perubatan telah sampai di lokasi tersebut lalu memberi bantuan kecemasan kepada ibu dan bayi berkenaan. Difahamkan, mereka berdua dalam keadaan selamat dan dibawa terus ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi rawatan lanjut.

Polis jaga jalan, letak kon tepi lebuh raya

Video yang tular itu juga menunjukkan beberapa orang polis telah menyusun beberapa buah kon bagi memastikan keadaan lebih terkawal walaupun jalan tidak sesak. Dalam hantaran yang sama, pihak PDRM juga berterima kasih kepada anggota yang terlibat ketika menjaga lalu lintas dan memberi bantuan kepada keluarga tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Insp Mat Fauzi dan anggota yang terlibat, atas pertolongan menjaga lalu lintas dan bantuan kepada pasangan keluarga ini. Semoga perbuatan tuan sekalian akan menjadi teladan kepada rakan pasukan yang lain.

Di ruangan komen, ramai netizen juga berterima kasih kepada anggota polis yang prihatin dan membantu pasangan warga Thailand itu.

Polis 1 Polis 2

Terbaiklah abang polis!

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.