Pengarah dan pelakon, Pekin Ismail menerusi Facebook ada menjelaskan sikap Fattah Amin sepanjang dia bekerja dengannya. Malah Pekin juga menepis tanggapan netizen yang melabelkan dia seorang ‘pelakon kayu’.
Pernah mengarah pelakon tersebut, Pekin juga menjelaskan yang Fattah Amin merupakan seorang yang profesional ketika di set penggambaran.
Artikel berkaitan : ‘Kereta bukan milik Pekin’ – Asnina Tunjuk Geran Sebagai Bukti, Pekin Hanya Duta
Artikel berkaitan : Peguam Hafidzah Hassan Dedah Dirinya #TeamFattahAmin, Perjelas Isu Penghinaan Mahkamah
“Ketika saat-saat rumah tangga tengah bergolak saya dan dia bersama lagi untuk sebuah filem, latihan dan penggambaran yang agak lama. Kami luang masa bersama, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya, tidak sekalipun bercerita hal peribadi.”
Katanya lagi, apa yang dikongsikan Fattah Amin hanyalah rasa rindunya terhadap isteri dan anak, ia sekaligus menepis tanggapan yang Fattah Amin cuba ‘menggatal’ dengan wanita lain.
“Kami menjalani penggambaran lama, bersama pelakon dari Indonesia, tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita, sampai waktu solat hanya minta waktu rehat untuk tunaikan kewajipan.”
Sebagai rakan, Pekin menegaskan bahawa tuduhan sedemikian amat berat buat Fattah, Pekin juga berharap agar Fattah Amin kuat dan tabah kerana turut sedih apabila mendengar khabar cerai dan mengakui bahawa dia lebih memihak kepada Fattah Amin.
Sumber : Pekin Ibrahim