in

“Tak sedap” – Sharnaaz Ahmad Beri Ulasan Jujur Mengenai Nyanyian Fazura

Sharnaaz Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan sepanjang minggu ini, netizen, influencer dan juga rakan artis heboh bercakap mengenai isu kualiti nyanyian pelakon dan penyanyi Fazura yang dipersembahkannya semasa di negara seberang.

Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad pula tampil memberi komen jujur mengenai nyanyian selebriti itu yang juga bekas isteri kepada pelakon, Fattah Amin.


3001838

Artikel berkaitan: “Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua boleh jadi penyanyi” – Guru Vokal Ulas Nyanyian Fazura

Artikel berkaitan: “Dari kecil suka menyanyi” – Fazura Kongsi Umur 11 Tahun Dah Boleh Tulis Lirik Lagu

“Tak sedap!” 

Menerusi sesi live yang dimuat naik semula netizen di TikTok, Sharnaaz dilihat menjawab soalan netizen yang bertanyakan dengannya sama ada nyanyian Fazura sedap atau tidak.

Dengan jujurnya, Sharnaaz menjawab,

Tak sedap! Sorrylah, kena jawab jujur, kan. Hang jangan tipu. Kalau hang kata sedap, aku ada kenal Dr Siva. Hang pi check tengok gegendang tu problem ke tak,” katanya.

@hazrinempire

Berdosa tipu!..baik jujur je..😂 #hazrinempire #sharnaazahmad #fazura

♬ original sound – Hazrin Empire – Hazrin Empire

Dalam pada itu, Sharnaaz juga dilihat menyalahkan rakan atau mereka yang rapat dengan pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu yang menjadi punca kepada isu yang viral kini.

Namun Sharnaaz berkata, pandangannya mengenai nyanyian Fazura itu hanyalah sebagai teguran kerana dia kasihan melihat selebriti itu teruk dikecam di media sosial.

Aku bukan komen, tak, sebab dia pun kawan. Semua orang kawan. Sebab bila dia (Fazura) macam ni, nanti kasihanlah. Tak mahulah kena macam ni sebab kita pun anak seni. 

“Bila kita tengok anak seni kita kena hentam macam ni, macam kita ni tak ada maruah pula kan. Tapi tak bolehlah macam tu.

“Sebab kata orang, kalau nak pergi berperang jangan bawa pensel. Sekurang-kurangnya bawalah pisau,” katanya.

Menurutnya lagi, nyanyian Fazura semasa rakaman sebenarnya sedap didengar walaupun didakwa menggunakan auto tune.

Bagi admin, tak terlambat lagi untuk penyanyi ini ambil inisiatif untuk belajar dalam kelas vokal. Masih boleh di’polish’ tu! 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.