in

“Tak sayang nyawa ke?” – ‘Trend’ Tahan Lori Di Indonesia, Ada Yang Dakwa Untuk Konten TikTok?

feature 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya tak salah pun kalau ada di antara kita yang bercita-cita nak jadi famous namun jangan lah sampai gunakan cara yang berbahaya sebab matlamat tak halalkan cara. Kali ini, viral di media sosial negara jiran kita apabila ada remaja di Indonesia yang didakwa sanggup menahan lori yang sedang laju di jalan raya untuk konten TikTok.

Isu ini telah dikongsikan oleh Martapurapedia di Instagram sebab trend bahaya ni dikatakan semakin berleluasa di negara itu. Video aksi sekumpulan budak lelaki menahan dan memanjat lori tersebut juga telah tular.


https://www.instagram.com/p/CNYyrsQj0HW/?igshid=1fuzgrd042q9g

Namun, video tu bukanlah yang pertama viral di social media sebab sepanjang tahun ini je iaitu dari bulan Januari hingga April, lima kemalangan yang melibatkan lori telah berlaku akibat trend ini.

lori 1

lori 2

Menurut Kompas.com, sebuah lori dilaporkan telah terlanggar rumah di tepi jalan pada Februari lalu sebab nak mengelak daripada terlanggar sekumpulan kanak-kanak yang cuba menghentikan lori ni. Dorang ni tak takut ke kalau jadi apa-apa? 

https://www.instagram.com/p/CLy02uBDQrB/?utm_source=ig_embed

Bukan itu je, baru-baru ni juga, Berita Hits.Id juga melaporkan seorang daripada empat lelaki telah dilanggar lori ketika mereka dikatakan sedang menahan kenderaan berat tersebut.

Trend ini melibatkan remaja yang berumur bawah 17 tahun dan difahamkan, ramai yang join benda ni sebab wujudnya persaingan keberanian antara mereka. Ada juga yang mendakwa dorang ni sanggup buat aksi berbahaya ni untuk video TikTok.

Kalau ya pun nak dapat banyak views, ada banyak lagi aksi lain yang kita boleh buat. Ingat, korang yang lain jangan nak try aksi ni di rumah sebab nyawa kita ni tak ada galang gantinya.  

Baca: Macam Makan Nasi! Lelaki Indonesia Ini Makan 4 Bungkus Garam Demi Video TikTok

garam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.