in

“Tak sangka TV3 pejuang Israel”- Syarikat TV Swasta Dikecam Teruk Gara-gara Guna Istilah ‘Militan Gaza’?

Featured 17

Malas nak lapik-lapik sebenarnya sebab benda pun dah kecoh.

Malah ramai dah mula berkongsi mengenai perkara ini. Mungkin disebabkan salah penggunaan konteks perkataan namun mungkin juga sebaliknya.

Korang baca sendiri perkongsian yang dimuatnaik di page Ustaz Hj Omar Kassim ni.

 

Militan Gaza Lancar 80 Roket Sasar Israel? Militan Gaza?

1 13

Adakah minda Zionis telah masuk ke TV3?

Menteri Komunikasi dan TV3 mesti mohon maaf kerana kebiadapan ini. Orang Palestin di Gaza yang diserang dalam bulan Ramadhan, biadap dan kurang ajarnya kamu memanggil mereka MILITAN!!!

Bukankah di sana ada bayi-bayi dan anak-anak yang tidak berdosa cedera dan menjadi korban? Apa kamu tidak membaca, telingamu tuli? Kemudian pejuang dan rakyat Gaza bertindak balas, sebagaimana Tok Janggut dulu bertindak balas menentang Inggeris, kamu panggil mereka MILITAN?

Posting tersebut yang dimuatnaik pagi semalam sehingga kini meraih lebih 4.6k likes dan 6.2k shares.

Malah rata-rata netizen kecewa dengan syarikat tv swasta tersebut yang seakan tidak peka dengan keadaan yang berlaku di Gaza.

 

MOHON TV3 MINTA MAAF

2 5
Sumber : facebook

5 3

Namun ada juga yang mendakwa konteks perkataan ‘militan’ yang digunakan itu betul mengikut maksud yang telah ditetapkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka..Hurm macam betul jugak kan?

 

Ikut kamus dewan maksud militan ialah terlibat aktif dalam perjuangan

4 5

3 3

Selagi pihak syarikat tv swasta tersebut tak keluarkan sebarang kenyataan, selagi itulah rakyat tidak tahu perkara yang sebenar. Sebagai netizen pun kita tak boleh lah nak tuduh melulu, mungkin ada penjelasan daripada pihak dorang kan.

Apa-apa pun, lebih baik kita doakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk di Gaza.

Baca : BEGINILAH GAZA MENYAMBUT RAMADAN! Gaza Saksikan Bedilan Roket, Darah Dan Airmata Sebagai Pembuka Bulan Mulia.

Gaza 1