Setiap wanita sama ada yang berkerjaya atau suri rumah tentu akan menghadapi masalah kesuntukan masa atau tak tahu nak masak apa, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.
Kalau nak beli juadah berbuka, ada kalanya tak kena dengan selera. Masakan sendiri juga yang lebih sedap, ye tak?
Jadinya, kami nak kongsikan resipi ‘ekspres’ yang mak-mak boleh cuba untuk juadah berbuka. Tak sampai 30 minit boleh siap!
- Udang goreng sos tiram
- Ayam kicap cili padi
- Sotong paprik ekspres
- Kari ayam Bangladesh viral
- Sup ayam sempoi
Bukan sahaja penyediaannya cukup mudah, malah bahan-bahan masakan juga tak susah nak cari. Lagi senang bila korang tahu yang bahan masakan ni boleh didapati di pasar berdekatan melalui GrabMart dalam masa tak sampai 30 minit pun contohnya, Pasar Presint 8 Putrajaya, Pasar Pagi Selayang Baru, Pasar Besar TTDI dan banyak lagi.
Udang goreng sos tiram
Bahan-bahan:
- 1kg udang
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 labu bawang besar dihiris
- 2 inci halia dihiris nipis
- Cili padi atau cili merah dihiris
- 4 sudu makan sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
Cara memasak:
- Goreng udang hingga berubah warna. Angkat dan toskan.
- Tumis semua bahan hiris hingga wangi, kemudian masukkan sos tiram dan sos cili dan gaul rata.
- Masukkan udang dan gaul sekali dua. Siap untuk dihidangkan!
Ayam kicap cili padi
Bahan-bahan:
- 500gm ayam (potong kecil dan bersihkan)
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan pes asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Bahan-bahan kisar:
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 12 biji cili padi (boleh tambah cili kalau nak lagi pedas)
- 3 cm halia
- 2 batang serai
Cara memasak:
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak goreng dan tinggal sedikit untuk menumis.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan pula sos tiram, pes asam Jawa, kicap pekat dan kicap manis.
- Setelah pecah minyak masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
- Apabila sekata, perasakan dengan, garam dan gula secukup rasa. Siap!
Sotong paprik ekspres
Bahan-bahan:
- 300gm sotong (bersihkan dan hiris bulat)
- 1 batang serai dititik
- 1 sudu makan cili boh
- 1 sudu makan sos tiram
- 6 biji cili padi dititik
- Sedikit hirisan dau limau purut dan batang saderi
- 1 labu bawang besar dihiris
- 2 ulas bawang putih dititik
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai hingga wangi.
- Masukkan cili boh, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi.
- Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang saderi.
- Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Kari ayam Bangladesh viral
Bahan- bahan:
- 500gm ayam (potong sederhana dan bersihkan)
- 1 ulas bawang merah dihiris mayang
- 1 batang kulit kayu manis
- 7 biji buah pelaga
- 2 sudu makan cili kisar atau cili serbuk
- 4 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 3 biji kentang
- 2 batang bendi
Bahan-bahan kisar:
- 3 labu bawang merah besar
- 7 ulas bawang putih
- 2 batang cili merah
- 3 inci halia
- 1 sudu makan jintan putih
Cara memasak:
- Masukkan ayam dalam periuk.
- Masukkan semua bahan dan gaul sebati
- Hidupkan api sederhana dan tutup periuk hingga ayam separuh masak
- Bila ayam sudah separuh masak, masukkan potongan kentang
- Masak hingga ayam dan kentang empuk
- Akhir sekali, masukkan bendi, masak beberapa saat dan terus tutup api.
Sup ayam sempoi
Bahan-bahan:
- Setengah ekor ayam
- 3 biji bawang merah kecil ditumbuk halus
- 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
- 1 inci halia ditumbuk halus
- Sup bunjut
- Setengah sudu besar serbuk lada sulah atau lada hitam
- Air secukupnya
- 1 batang lobak merah
- 2 biji kentang
- Daun sup
- Setengah kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.
- Masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit perang.
- Masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau sebati.
- Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan kalau nak lebih kuah).
- Masukkan kentang dan lobak merah, kemudian masak sampai ayam dan kentang masak.
- Masukkan kiub pati ayam dan garam.
- Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.
Nak memasak tapi tak sempat nak beli bahan? Korang boleh dapatkan semua bahan segar di pasar basah berdekatan boleh tengok senarai penuh pasar segar yang ada dalam GrabMart ni.
Lebih berbaloi dan jimat bila korang boleh menikmati lebih banyak ganjaran apabila melanggan GrabUnlimited dan terima 10 baucar penghantaran PERCUMA untuk GrabMart. Betul-betul jimat!
Dah nampak kan memang berbaloi dan lagi jimat bila guna GrabUnlimited menerusi GrabMart? Nak tahu lebih lanjut tentang semua offer, boleh klik link ini.