in

“Tak salah, tapi…” – Netizen Bersuara Isu Orang Suka Sedekah Sampai Membazir Di Bulan Puasa

page makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Ini kerana, segala amalan baik akan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.

Disebabkan itu juga ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah seperti mengaji dan khatam Al-Quran 30 Juzuk, bersedekah kepada orang yang memerlukan serta menunaikan solat sunat Tarawih.


Pun begitu, baru-baru ini pemilik akaun Twitter @Mulut_Cabai meluahkan rasa kecewanya apabila amalan baik segelintir masyarakat bertukar menjadi sesuatu yang membazir malah perkara ini juga dikatakan berlaku setiap tahun.

Dari tweet yang dibuat itu, beberapa gambar longgokan makanan di tepi-tepi jalan dipercayai hasil dari sedekah orang ramai malah ada makanan yang telah pun basi kerana terlalu lama dibiarkan.

“Diorang bukan perut kawah kenduri”

Bukan itu saja, difahamkan lebih dari 20 bungkus makanan yang disedekahkan kepada seorang gelandangan menyebabkan orang ramai bertambah risau kerana telah berlaku pembaziran apatah lagi di bulan yang mulia ini.

“Jangan biasakan.. Elakkan pembaziran makanan. Dri niat baik jd DOSA” – Ujar pemilik akaun Twitter

komen full 1

Oleh itu, pemilik akaun ini juga menyarankan agar sedekah diberikan kepada pelajar-pelajar yang berada di kampus ataupun kepada waris pesakit yang berada di hospital kerana mereka juga tergolong sebagai insan yang memerlukan.

Semoga nasihat ni buka mata orang ramai untuk lebih berjimat-cermat. Tak salah untuk bersedekah… Tapi jangan sampai tersalah niat tu okay?

Baca: “Cara tak betul bro” – Buat Video Lempar Duit Untuk Sedekah Ramadan, TikTokers Dikecam Netizen

untitled 3 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.