in

“Tak salah pun” – Sering ‘Review’ Kedai Ada Halal, Abe Wee Tak Setuju Kenyataan Sijil Halal Memalukan Negara

Abe Wee Sijil Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial ketika ini susulan kenyataan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengenai isu pensijilan halal.

Teresa melalui satu kenyataan di Facebook rasminya menyifatkan tindakan mewajibkan sijil halal kepada premis makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mungkin akan memalukan negara dan menjadi bahan ejekan di peringkat antarabangsa.


Kenyataan beliau telah meraih perhatian hingga mendapat teguran dan kecaman daripada pelbagai pihak.

Artikel berkaitan: JAKIM Kaji Cadangan Wajibkan Restoran Di Malaysia Ada Sijil Halal

Artikel berkaitan: “Tabik pengurusan surau” – Netizen Kagum Tengok Mekyun Sekeluarga Dapat Sambut Raya Di Surau

Abe Wee tak setuju

Malah, pempengaruh terkenal Wee Chuan Chin atau lebih dikenali dengan nama Abe Wee turut tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Abe Wee menerusi satu hantaran video di TikToknya menyatakan sijil halal itu memberikan jaminan dan keyakinan kepada orang Islam untuk menjamu selera di premis tersebut.

Menurutnya, setiap kali membuat ulasan makanan, dia akan memastikan kedai tersebut mempunyai sijil halal seperti dalam tagline yang selalu diucapkan olehnya “yang penting halal”.


“Abe Wee Cina pun tapi Abe Wee hormat followers Melayu. Apa yang Abe Wee belajar bila buat review ni, sijil halal memberi jaminan kepada orang Islam dan bagi rasa confident bila nak makan kat kedai tu.

“Untuk Abe Wee, tak salah pun dan mana part yang memalukan negara tu?” soalnya.

@weechuanchin

Walaupun negara kita berlainan agama dan bangsa, tak semestinya kita boleh masuk campur urusan hal ehwal agama lain. Siapa sini setuju dengan abe wee? #fyp #foryou #halal

♬ original sound – Abe Wee – Abe Wee

Katanya lagi, sebagai rakyat yang duduk dalam negara yang berlainan bangsa dan agama, tidak semua perkara perlu masuk campur terutama hal ehwal agama.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh abang kepada pempengaruh Mek Yun ini.

Screenshot 2024 09 09 171637

Dalam pada itu, netizen juga menjelaskan pensijilan halal bukanlah sekadar berkaitan cara penyembelihan haiwan, tetapi turut berkait dari segi kebersihan, pengurusan dan pengendalian makanan.

Menurut laporan, Teresa akan dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung kenyatannya di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman esok.

Sumber: TikTok, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.