Isu mengenai penjaja di tengah jalan ini pernah menjadi topik perbualan, ini kerana tindakan itu dianggap sangat bahaya kerana boleh mengganggu aliran trafik serta kemalangan yang boleh meragut nyawa.
Disebabkan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan sebelum ini ada menyatakan bahawa aktiviti yang mengganggu pengguna jalan yang lain itu merupakan satu kesalahan, lapor Astro Awani.
Biarpun penjaja tahu ia satu kesalahan, Sinar Harian melaporkan bahawa aktiviti masih berlaku. Kita dapat lihat segelintir tempat lampu isyarat masih ada yang menjaja.
“Tak salah nak bantu adik tu cari rezeki, cuma tindakan pemandu tu silap.”

Salah satunya, dapat dilihat sendiri dalam satu video di Twitter ini, bukan pada penjaja tetapi kepada pembeli.
Satu kawasan lampu isyarat yang baru sahaja memberikan tanda warna hijau, ketika semua kereta bergerak tiba-tiba ada satu kereta berhenti dikatakan untuk membeli jeruk asam boi yang dijual oleh penjaja.
Apa yang membuatkan netizen lagi marah apabila, kereta tersebut berhenti di bahagian paling kanan.
Ada sebab orang tak bagi berniaga dekat lampu isyarat.
Tak salah nak bantu adik tu cari rezeki, cuma tindakan pemandu tu silap sebab berhenti di tengah jalan.
Kalau kereta belakang laju, boleh kena sondol tu ? pic.twitter.com/0BjF4XFTf1
— OH! MEDIA (@ohtweet) November 15, 2021
Dengan melihat video ini, dapat dilihat ini antara contoh yang dikatakan mengganggu pengguna jalan, membahayakan nyawa dan menganggu aliran trafik seperti mana yang diperkatakan oleh netizen dalam komen.
Malah, mereka juga marah dengan tindakan pemandu tersebut kerana membeli barangan itu sewaktu kereta sudah berjalan.
Nak beli time lampu merah ok – Netizen
Namun begitu, bagi netizen, andai kata pembeli berniat untuk bantu penjaja atau berminat dengan makanan tersebut, mereka menyatakan bahawa pemandu tersebut sepatutnya kalau nak beli biar kena pada masanya (lampu merah).

Biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenalpasti, ia menjadi tumpuan kerana tindakan yang berlaku seperti di dalam video diatas sepatutnya perlu dielakkan agar tidak berlaku sebarang perkara buruk.

