Siapa sini peminat movie, The Hunger Games? Ada berita baik di mana dorang dah keluarkan prekuel terbaru di pawagam yang berjudul, The Ballad Of Songbirds & Snakes. Mesti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu sambungan filem ini!
Tapi sebelum terjah pawagam, korang kenalah tahu serba sedikit pasal filem ni supaya nanti korang mudah faham dengan jalan ceritanya. Pada masa yang sama, min nak refresh balik ingatan korang tentang perkara yang perlu diperhatikan dalam filem ni. Jom, baca artikel!
1. Coriolanus Snow
Snow merupakan watak utama dalam prekuel ni. Kalau korang nak tahu, watak yang dilakonkan Tom Blyth ni merupakan versi muda Presiden Snow dari Panem yang terdapat dalam trilogi asal The Hunger Games.
Karakter ni memang terkenal sebagai villain dalam filem original namun, penonton dapat melihat sisi baiknya dalam prekuel ni. Pada masa yang sama, korang pun boleh tahu macam mana dia ni boleh jadi sangat kejam dan jahat seperti dalam movie sebelum ni.
Artikel berkaitan: Minat Sitcom? Ini 7 Sebab Kenapa Young Sheldon Lagi Best Dari The Big Bang Theory
2. Perang Saudara Panem
Dalam filem ni, memang banyak kali disebut tentang Perang Saudara Panem. Oleh itu, ia sangat penting untuk penonton faham betul-betul mengenai perang ini yang membunuh banyak penduduk di negara nuklear itu.
Dipercayai, perang ini berlaku antara pemberontak daerah dengan penguasa Capitol di Panem. Selepas perang berakhir, memang banyak peristiwa penting yang korang kena alert seperti, kematian bapa Coriolanus dan sejarah penciptaan The Hunger Games. Sementara itu, korang pun boleh saksikan bagaimana peristiwa-peristiwa ni membentuk cara pemikiran Snow.
3. Bunga ros putih
Disebabkan filem ni banyak fokus kepada watak Coriolanus, korang kena ambil tahu juga pasal lambang bunga ros putih ni. Sebabnya, bunga ini ibarat satu simbolik yang sering digunakan oleh Snow dalam trilogi asal.
Buktinya, semasa pergi ke Daerah 12 dalam sekuel ‘Catching Fire‘, Snow telah melawat Katniss Everdeen secara peribadi sambil meninggalkan sekuntum ros putih sebagai tanda kekuasaannya jika Katniss cuba untuk menentang kemahuan Capitol lagi.
4. Daerah 12
Seperti yang korang tahu, Katniss dan beberapa peserta terkenal Hunger Games ke-74 berasal dari Daerah 12. Oleh itu, dalam prekuel ni, ia membuat kemunculan semula sebagai tempat utama dalam movie tersebut.
Daerah ini juga dikenali sebagai salah satu daerah paling miskin dengan kebanyakan penduduknya merupakan pelombong arang. Berbanding daerah lain, ia langsung tak ada peserta yang betul-betul berlatih untuk memasuki Hunger Games ini.
Bukan tu saja, ramai pemenang telah mewakili daerah mereka dalam edisi Quarter Quell manakala hanya tiga orang sahaja yang berjaya dari Daerah 12 dalam sekuel ‘Catching Fire‘.
Artikel berkaitan: Meremang! 7 Kaitan The Nun & Annabelle Yang Confirm Korang Tak Pernah Dengar
5. Hunger Games yang kesepuluh
Untung pengetahuan korang, prekuel ini mengambil latar masa yang ketika itu Hunger Games ke-10 sedang berlangsung. Disebabkan itu, peristiwa ini sangat penting berbanding siri permainan yang lain dalam movie ini.
Sebabnya, ia merupakan kali pertama penonton Capitol yang menyaksikan permainan itu dapat melihat banyak gimik yang masih digunakan untuk tempoh 65 tahun akan datang iaitu ketika zaman Katniss Everdeen. Pada masa yang sama, populariti game ini telah meningkat banyak walaupun tak ada sponsor dan nilai taruhan yang diletakkan.
Akan tetapi, Pembuat Permainan dan pelajar Akademi dalam prekuel ini telah membuat beberapa perubahan penting dalam Hunger Games yang kekal sehingga siri terakhirnya.
6. Bow
Perkataan ‘bow‘ membawa maksud tunduk hormat. Dalam filem original, ia dikenali sebagai satu pergerakan ikonik yang dicipta oleh Katniss ketika dia melepaskan anak panah ke orang ramai lalu menundukkan dirinya sebagai satu bentuk sindiran.
Menariknya, perkara yang sama dibuat oleh Lucy Gray yang dimainkan Rachel Zegler ketika dia terpilih untuk menyertai Hunger Games secara paksa. Cuma, ia dilakukan sebagai tanda penentangan terhadap pemerintahan Capitol.
Mungkin Katniss dan Lucy ada kaitan?