in

“Tak rosak pun masa buat ni” – Awal Ashaari Upload Video #PalangChallenge

Ft Awal Ashaari Upload Palangchallenge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rentetan dengan isu yang terpalit dirinya, pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari ada buat satu video sarkastik yang membuatkan ramai orang terhibur.


Video itu dilihat Awal sedang berposing di sebuah palang dan menamakannya sebagai #PalangChallenge.

 

Don’t worry, no boom gates were harm during this process 

Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Awal menyatakan bahawa keadaan palang itu selamat dan tidak rosak ketika sedang membuat video stop motion itu. Disebabkan itu, ramai netizen dan rakan artis yang terhibur apabila melihatnya.

Screenshot 2022 05 19 183148 Screenshot 2022 05 19 183209 Screenshot 2022 05 19 183240

Sebelum ini, Awal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan di Sunway Damansara.

Berikutan itu, Awal menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi. Katanya, pihak pengurusan enggan bertolak ansur langsung walaupun dia dah duduk di sana sejak 14 tahun yang lalu dan tak pernah terlepas dari membayar yuran pengurusan.

“Saya tak langgar harta sesiapa, saya cuma alihkan palang. Tak ada sesiapa cedera, tak ada sesiapa kena pukul, cuma sedikit kesilapan dan salah faham sebab guard pun bukan orang tempatan.”

Baca : “Alih palang pakai tangan je” – Awal Buka Mulut Kes ‘Khianat’, Rupanya Sebab Tak Bayar Yuran Pengurusan…

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.