in

“Tak risau kalau nak ‘banned'” – Nadhir Nasar Respon Isu MV ‘Malampagi’ Ada Unsur Lucah

Malampagi Nadhir Nassar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah trending di TikTok, lagu ‘Malampagi’ nyanyian Saixse kembali tular di media sosial apabila didakwa ia berunsur lucah dan memberi pengaruh tidak baik terutama kepada generasi muda.

Bagaimanapun, pengarah MV ‘Malampagi’, Nadhir Nasar menjawab kritikan netizen dengan mempertahankan jalan cerita lagu itu.


Katanya, dia hanya berkarya dalam MV tersebut dan ingin berkongsi mesej serta realiti sebenar kehidupan masyarakat.

Artikel berkaitan: “Sekali baca dah tahu”- Lelaki Dakwa Lagu Siulan Anak Muda ‘Malampagi’ Ada Unsur Lucah?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@nadhirnasar_)


Menurut pelakon itu, apa yang ingin disampaikan dalam video muzik nyanyian Saixse itu jelas dan bukan untuk mencari glamor.

“Prinsip saya di sini adalah untuk menyampaikan mesej bukan untuk mengejar populariti.

“Menjadi seorang pengarah dan menulis untuk MV tersebut saya mahu menyampaikan mesej sesuatu yang keterlaluan tapi itu adalah realiti.

“Setiap manusia ini adalah pilihan… saya telah buat pilihan saya untuk menyampaikan mesej apa yang buruk dan apa yang baik, jadi terpulang kepada penonton untuk pilih yang baik atau buruk,” katanya.

Tambahnya, industri perlu melakukan perubahan demi mendapatkan karya terbaik meskipun sedar dengan situasi terkini.

“Saya peka dengan perkara itu tapi demi menghasilkan karya yang baik ini agak sukar sebenarnya.

“Ada setengah pihak mengatakan kita perlukan naskhah seperti Netflix tapi ada pula berpendapat kita tidak boleh mengikut barat.

“Tapi kalau tidak ikut barat macam mana kita nak dapat kualiti seperti Netflix? Kalau kita bergabung, industri Malaysia ini akan cukup hebat. Itulah saya dan beberapa pelakon lain menjadikan ia matlamat,” ujarnya.

Menurut Nadhir, sekiranya video muzik lagu itu diharamkan tayangannya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia di luar bidang tugasnya.

“Saya tidak risau… kalau nak ban saya rasa ia telah melepasi bidang kuasa saya terpulang pada mereka.

“Tapi sebenarnya bagus kritikan ini kerana ia akan membuatkan karya kita lebih baik,” katanya lagi.

Seperti kata pengarah, terpulang kepada penonton untuk membuat pilihan masing-masing…

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.