in

“Tak ramai beri saya attention” – Mat Salleh Dikecam, Dakwa Rakyat Malaysia Tak Ramah Dan Malas Senyum

Mat Salleh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki ‘mat salleh’ mendapat kecaman daripada orang ramai setelah memuat naik satu video yang mengatakan warga Malaysia ‘tidak mesra’ seperti orang dan ramah seperti orang negara lain.

Dalam video tersebut, @marilyn_ruv berkata, tidak ada seorangpun warga Malaysia yang senyum kepadanya sepanjang berada di Melaka.


Katanya, orang Malaysia juga umpama tidak mengalu-alukan kedatangannya ke negara ini.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan negara ini mempunyai tempat yang menarik dan berbaloi untuk dilawati.

“Orang di sini macam sedikit tidak ramah. Mereka juga tidak senyum kepada satu sama lain.

“Sebelum ini saya tinggal di Thailand, orang di sana selalu senyum dan tegur saya. Di sana, saya dapat banyak attention, tidak seperti di Malaysia.

“Saya tahu ada banyak undang-undang di negara ini, tetapi saya tetap berasa tidak selesa” katanya.

@marilyn_ruv Not really anything bad, just feel like that, generally country so really nice and beautifel #travel #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Marilyn_ruv

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkesima Tengok Mat Salleh Makan Nasi Lemak, Kunyah Daun Pisang Sekali

Artikel berkaitan: Dakwa Cipta Jala Udang, Mat Salleh Ini Kena Perli Dengan Orang Malaysia

Sudah pasti, rata-rata rakyat Malaysia pasti tahu sikap masyarakat kita yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong. Jadi, sangat pelik sekiranya kita dengar mengenai isu mat salleh tidak mendapat layanan baik di sini.

Bagaimanapun, netizen berpendapat, mungkin orang Malaysia sebenarnya malas hendak ‘ambil port‘ atau tidak mahu berbalas senyum disebabkan keadaan cuaca yang sangat panas.

Mat Salleh

Tidak kurang juga, ada yang menempelak mat salleh tersebut kerana terlalu menginginkan perhatian sehingga sanggup membuat video seumpama itu.

“Bro, cuaca kat sini panas. Orang memang tak akan senyum-senyum dah dekat tengah jalan,” kata Az.

“Mungkin pengalaman setiap orang lain-lain tetapi orang Malaysia memang kurang sikit ‘eye contact’ dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi, kebanyakannya ramah dan baik,” kata Nadiah.

“Mungkin kitorang semua malas nak ambil port urusan orang lain,” kata FJ.

Hai, mat salleh pun dahagakan attention ke?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.