Hidup berjiran ni banyak mengajar kita untuk bertimbang rasa dan bertolak ansur, lagi-lagi perkara yang melibatkan parking kenderaan. Tapi kalau jiran tak puas hati pasal parking macam mana pula?
Baru-baru ini, seorang lelaki berasa bengang apabila jirannya mengambil kotak parkir miliknya. Oleh itu, dia telah menuang air kencing ke dalam peti surat jirannya dan melumur najis kucing pada kereta baharu kepunyaan pasangan warga emas itu.
Pasangan berkenaan, Sue Waters dan juga suaminya memberitahu mereka sesungguhnya tidak menyangka yang jiran mereka sanggup melakukan perkara tersebut.
Difahamkan semasa kejadian berlaku, dia dan suaminya sedang menikmati percutian mereka di Cypress.
Dipercayai kejadian tersebut berlaku di Hampshire, England. Pada awalnya, pasangan itu mengesyaki cecair yang dituang oleh jirannya itu adalah petrol yang mudah terbakar.
“Rupa-rupanya dia menuang air kencing ke dalam peti surat kami dan melumur najis kucing ke serata tempat termasuk kereta dan di hadapan pintu rumah kami, dia juga telah masuk ke pintu pagar belakang rumah kami dan sekali lagi menuang air kencing kali ini ke dalam tong sampah kami pula,” kata Sue waters.
Susulan kejadian itu, mereka meminta anak dan menantu untuk memantau keadaan rumah selepas lelaki tersebut beredar dari kawasan perumahan mereka.
Hasil pemeriksaan mendapati bahawa dia menuang air kencing dan melumur najis kucing di hampir seluruh kawasan rumah termasuk kereta mereka dan juga di hadapan pintu rumah.
Lelaki berkenaan didakwa bertindak sedemikian selepas bergaduh dengan pasangan itu kerana mereka mempunyai bukti mengenai parking tersebut kepunyaan mereka.
Bagaimanapun. lelaki tersebut telah dilepaskan oleh pihak polis kerana mereka mengatakan ianya bukanlah satu tindakan jenayah, lapor New York Post.
Haishh.. tak patut kalau ye pun marah cuba la bawa berbincang, bertolak ansur sikit ke kan, tak payahlah sampai nak lumur najis kucing tu.. euw…
Baca : Siap Ada ‘Pasir’, Bakeri Ini Hasilkan Brownies Berbentuk Najis Kucing Sempena Halloween