in

“Tak pernah sambut birthday” – Bibik Menangis Dapat Kejutan Ulang Tahun Daripada Majikan

bibik 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun pernah ada kes mengenai pembantu rumah yang tidak menjalankan tugas dengan baik, tidak wajar bagi kita untuk memukul rata semua pembantu rumah bersikap sebegitu. Ada pembantu rumah yang setia bekerja dengan majikan selama beberapa tahun.

Satu perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang founder kosmetik jenama Cubremi, Afzalizah Azizan melalui TikTok miliknya, dimana dia dan keluarganya menyambut ulang tahun pembantu rumah di sebuah restoran.


@afzalizahazizan

Menangis teresak-esak bibik dapat surprise ??

♬ original sound – Afzalizahnizam – Afzalizahnizam

Bibik tak pernah sambut birthday

Sewaktu itu, mereka sekeluarga sudah habis makan lalu seperti yang dirancang seorang wanita menghampiri bibik dan meletakkan sebijik kek di atas meja. Bibik berasa terkejut namun apabila dia melihat tulisan ‘Happy Birthday Bibik’, dia terus mengalirkan air mata.

Bila kitaorang nyanyi lagu birthday, dia tengok atas kek ada tulisan ‘Happy Birthday Bibik’, she dah start nangis.

Artikel berkaitan: “Yang penting effort!” – Netizen Terharu Suami Sambut ‘Birthday’, Isteri Hasil Jual Bateri Lori

Artikel berkaitan: “Banyaknya kek!” – Netizen Teruja Tengok 9 Biji Kek Birthday Tema Barbie Anak Che Ta

Suasana menjadi sedih apabila bibik memberitahu ibunya bahawa sebelum ini tiada siapa pernah menyambut hari ulang tahun untuknya.

Dia bagitau ibu, seumur hidup dia.. orang tak pernah celebrate birthday dia. Kami semua sebak time ni, terikut bibik nangis.

Hargai pengorbanan bibik jaga anak

Tambahnya, bibik tidak pernah berkira masa dan tenaga untuk menjaga anak-anak ketika dia sedang sibuk. Walaupun tiada pertalian darah, dia tidak pernah menganggap bibik sebagai orang luar.

Walaupun kami takde talian darah, aku tak pernah anggap bibik sebagai orang luar. Terima kasih bik, always jaga anak-anak saya dengan baik, tak pernah berkira masa dan tenaga.

Selain memberikan kejutan kek, dia juga memberikan hadiah barang kemas kepada bibik. Dia mengakui dirinya bukanlah majikan yang baik tetapi cuba untuk membahagiakan orang sekeliling.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen terharu melihat situasi dalam video tersebut.

bibik 1 bibik 2

Dapat majikan yang baik hati pun salah satu rezeki. Alhamdulillah.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.