Sebelum ini, pemerhatian awal dari pakar menunjukkan varian terbaru yang dinamakan Omicron ini dilihat kurang merbahaya berbanding Delta walaupun cara ia merebak lebih pantas dan dikatakan boleh dimutasi dengan lebih cepat.
Terbaru, Bernama melaporkan sekurang-kurangnya seorang individu telah meninggal akibat varian Omicron di UK dan kematian ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri British, Boris Johnson semalam.
Omicron telah menyebabkan ramai orang masuk ke dalam hospital dan malangnya sekurang-kurangnya satu pesakit disahkan meninggal kerana Omicron.”
Setiausaha Kesihatan British, Sajid Javid pula mengatakan, seramai 10 orang telah dimasukkan ke dalam hospital di England kerana Omicron dan memberi amaran kemasukan ke hospital dan kematian akibat varian ini akan terus meningkat.
Sajid turut mengatakan varian Omicron ini telah merebak dengan kadar yang fenomenal dan jangkitan ini terus berganda setiap dua ke tiga hari.
Kadar varian ini merebak tak seperti yang pernah kita lihat sebelum ini.”
Manakala Ketua Eksekutif Airfinity, Rasmus Bech Hansen berkata, beliau pasti kesan Omicron ini akan menyebabkan gelombang baru di seluruh dunia namun kesannya kepada kemasukan ke hospital dan kematian masih belum dikenalpasti.
Kesannya dilihat seperti ringan atau perlindungan yang kita dapat memang memberikan perlindungan. Tapi angka jangkitan dilihat sangat membimbangkan.”
Untuk pengetahuan korang, setakat ini sebanyak 4,713 kes varian Omicron telah ditemui di Britain dan negara tersebut menunjukkan kenaikan kes terbesar sejak varian tersebut dikesan di sana.