Seorang warga Korea Selatan telah dipercayai menceroboh masuk sempadan negara jiran, Korea Utara. Menurut sumber dari Reuters, kejadian pada Sabtu itu telah disahkan oleh Tentera Korea Selatan.
Ketua Angkatan Bersekutu (JCS) memaklumkan kepada sumber, usaha pencarian sedang giat dijalankan selepas mereka mengenalpasti penceroboh yang melepasi sempadan pada 9.20 malam waktu tempatan di Demilitarised Zone (DMZ) yang memisahkan dua negara Korea itu.
Kita telah sahkan ada penceroboh yang melepasi sempadan DMZ pada 10.40 malam. Penceroboh itu telah menuju ke arah (Korea) Utara” – Ketua Angkatan Bersekutu
Walaubagaimanapun status penceroboh itu masih belum dapat dipastikan. Namun, pihak Tentera Korea Selatan telah memaklumkan Tentera Korea Utara mengenai kejadian itu menerusi talian tentera untuk mendapatkan perlindungan dan suaka dari mereka.
Setakat artikel ini ditulis, masih tiada respon balas dari pihak Tentera Korea Utara mengenai keselamatan penceroboh itu.