in

“Tak perlu makan, sekolah?” – Shuhada ‘Sound’ Hafidz Roshdi Di IG, Tak Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ayah

Shuhada Sound Piz Roshdi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30 hari ini telah memuat naik satu posting di Instagram meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada bekas suami yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Menerusi posting tersebut, Shuhada mendedahkan perbualan WhatsApp dengan pegawai insuran dan juga guru di tadika anak-anak mereka berkenaan bayaran bil yang tertunggak.


Shu 1

Menurut Shuhada, dia mengambil kesempatan memuat naik perkara tersebut di media sosial dengan niat supaya bapa kepada anak-anaknya menyelesaikan tanggungjawab berkenaan.

Bukan orang tak pernah minta personal, memang semua thru personal tapi tak ambil tindakan. Jadi di sini saya ambil kesempatan ni untuk anda selesaikan tanggungjawab anda sebagai seorang bapa, betul!

“Kes mahkamah masih dalam proses jadi kalau nak tunggu perintah mahkamah, siapa nak bayar hal anak-anak? 

“Pengurusan sekolah semestinya mencari BAPA kepada students, jadi kalau nak tunggu keputusan mahkamah, Umar dengan Humairah tak perlu makan? Tak perlu sekolah?” luahnya.

Tambahnya lagi, semua urusan berkaitan anak-anak ketika ini ditanggung olehnya dengan bantuan ibu bapa.

Artikel berkaitan: “Dicerai tanpa sesen dalam akaun bank” – Nurul Shuhada Bangga Dapat Beli Kereta Pertama

Artikel berkaitan: Shuhada Tak Tahu Hafidz Bakal Kahwin Dengan Athira, Kalau Boleh Tak Nak Sakitkan Hati Anak

“Jangan sembang bab ‘siapa yang minta cerai'” 

Shuhada juga berkata, tiada alasan buat bapa kepada anak-anaknya itu untuk tidak menjalankan tanggungjawabnya, malah dia juga meminta bekas suami untuk sedar diri dan tidak hanya berseronok tanpa memikirkan keadaan anak-anak.

Shu 4

 

Jangan sembang bab ‘siapa yang minta cerai’, perceraian takkan berlaku jika anda menjalankan tanggungjawab seperti yang ditetapkan oleh Allah and YOU REALISED WHAT YOU WERE DOING FOR 7 YEARS. Dan itu pun kalau sedarlah,” katanya.

Tambah Shuhada lagi, dia juga telah menanggung bil persekolahan anaknya, Humairah sebanyak RM11,000 tahun lepas akibat masalah emosi yang dialami kanak-kanak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Kepada bapa kepada Umar dan Humairah: Banyak duit anda nak saman sana sini? LOD pandai pulak hantar, duit hantarlah sekali. Sila selesaikan suruhan Allah ni, bukan suruhan nafsu ya, jadi hukumnya wajib,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen yang memberi semangat kepada Shuhada untuk terus kuat menghadapi dugaan.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak Hafidz berhubung dakwaan Shuhada itu.

Kita doakan semoga isu ini dapat diselesaikan. 

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.