in

Tak Perlu Lagi Tunggu Kedai Runcit Buka, Rupanya Ada Vending Machine Jual Ais 24 Jam Di Sentul!

Ais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika baru-baru ini kami ada kongsikan tentang sebuah mesin layan diri atau vending machine yang menjual buku di Kuala Lumpur, kali ini kami nak kongsikan lagi tentang sebuah tempat yang menjual ais secara layan diri di Sentul!


Dibuka 24 jam, mesin ais layan diri yang dinamakan Ais 24 Jam itu membolehkan pelanggan untuk membeli satu plastik besar ais secara layan diri tanpa perlu menunggu tuan kedai datang kerana konsepnya sama seperti vending machine yang menjual air tin.

Di bahagian luar mesin atau kiosk tersebut, telah tertampal notis yang menjelaskan tentang cara untuk membeli ais secara layan diri.

Pelanggan diingatkan untuk menyediakan wang secukupnya kerana kiosk layan diri ini tidak menyediakan wang baki.

6 1

Artikel Berkaitan: Rupanya Ada Mesin Gedegang Jual Buku Di KL!

Artikel Berkaitan: “Selalu makanan & air je”- Ramai Puji Idea Inovatif Jenama Siti Khadijah Jual Telekung Dalam ‘Vending Machine’

Satu beg atau plastik besar ais dengan berat 9.8kg di kiosk itu dijual dengan harga RM3.50.

Kiosk jual ais secara layan diri itu juga dikongsikan oleh pempengaruh, Isaac Osman menerusi Instagram nasiayammakchili baru-baru ini dan telah mendapat perhatian ramai netizen.

5 1

Rata-rata mereka memuji bisnes jual ais secara layan diri itu kerana pelanggan tak perlu tunggu kedai runcit buka untuk membeli ais.

Sumber: Facebook KL Foodie, Instagram nasiayammakchili

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.