in

“Tak pergi kelas pun” – Wanita Fasih Berbahasa Jepun Hanya Dengan Tonton Anime

ft boleh cakap jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menguasai bahasa asing selain bahasa Inggeris merupakan sesuatu kelebihan dan boleh dijadikan sebagai nilai tambah seseorang lebih-lebih lagi dalam pekerjaan mahupun semasa melancong ke negara yang menggunakan bahasa tersebut.

Biasanya, untuk menguasai satu-satu bahasa tersebut, pastinya kita akan mengikuti kelas untuk tempoh yang lama sebelum boleh memahami serta menggunakannya dalam perbualan.


Pun begitu, baru-baru ini tular di platform X sebuah video seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah kedai serbaneka di Indonesia berbual menggunakan bahasa Jepun dengan fasih dengan seorang pelanggan yang merupakan warga negara itu.

Screenshot 2023 12 22 123838 horz

Menerusi video tersebut, pelanggan itu sebenarnya merupakan seorang pelajar dan juga seorang pempengaruh berasal dari Jepun yang sedang menuntut di Universiti Indonesia dikenali sebagai “Kencampur”.

Rupa-rupanya, perkongsiannya telah mencapai 4.6 juta tontonan di TikTok selain meraih sehingga 70 ribu tontonan di YouTube.

Artikel berkaitan : “Signboard dah lama ada”- Ini Kisah Di Sebalik Mengapa Ada Papan Tanda Dalam Bahasa Jepun di KL Sentral

Artikel berkaitan : Kuantan Tiba-Tiba Trending, Rupanya Disebut Oleh Watak Terkenal Jujutsu Kaizen

Manakan tidak, wanita tersebut mendedahkan dia mengambil masa selama 2 tahun untuk belajar dan fasih berbahasa Jepun. Lebih mengejutkan, dia hanya belajar daripada menonton siri anime sahaja dan mendedahkan dia tidak pernah mengikuti sebarang kelas bahasa Jepun.

@kencampur Karyawan Indomaret yg fasih bahasa Jepangnya IG: vaniapoenya__ #bahasajepang #jepang #indomaret ♬ original sound – Kenji / IG:@kencampur

Selain itu, dia juga mendedahkan caranya untuk mempraktikkan bahasa tersebut adalah dengan membuat latihan sambil menonton anime.

Menerusi ruangan komen, ramai nyata terkejut dengan kebolehan wanita tersebut walaupun ada beberapa komen yang sinis mengatakan cara pertuturannya sama seperti anime.

anime

Pun begitu, perkara ini boleh dijadikan contoh. Sekiranya korang benar-benar berusaha, apa sahaja medium boleh memberikan ilmu sekiranya digunakan dengan cara yang betul.

Sumber : X | TikTok

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.