Sejak semalam, tular satu rakaman video memaparkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilaporkan meminta Presiden AS Donald Trump untuk mengatur pertemuan dengan anaknya, Eric Trump yang merupakan Naib Presiden Eksekutif Trump Organization.
Rakaman audio dan video perbualan kedua-dua pemimpin itu dirakam selepas Trump berucap pada sidang kemuncak berkaitan Gaza di Mesir, yang mana Presiden AS dan Indonesia itu dilihat tidak menyedari mikrofon yang ada pada mereka masih aktif ketika mereka berbual di bandar peranginan Sharm el-Sheikh.
Dalam rakaman itu, tidak jelas sama ada perbualan tersebut merujuk kepada Trump Organization atau sebarang urusan perniagaan yang melibatkan presiden berkenaan atau keluarganya.
Ketika berada di belakang podium, kedengaran Prabowo dilaporkan menyebut mengenai kawasan yang ‘tak selamat dari segi keselamatan’ sebelum bertanya kepada Trump sama ada dia boleh bertemu dengan Eric (anak Trump).
Boleh saya bertemu Eric?” tanya Prabowo.
Trump kemudian menjawab beliau akan meminta Eric menghubungi Presiden Indonesia tersebut.
Saya akan minta Eric hubungi. Patutkah saya buat begitu? Dia seorang yang baik. Saya akan minta Eric hubungi,” jawabnya ringkas.
🚨OH MY GOD: Trump and Indonesian President Prabowo Subianto have just been caught on a hot mic discussing a deal (?) (he asks to speak with Trump’s sons Eric and Don Jr – who do NOT work in government).
Did we just hear a major crime happen?
— CALL TO ACTIVISM (@CalltoActivism) October 13, 2025
Prabowo kemudian dikatakan membalas akan mencari lokasi yang sesuai namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perbincangan itu.
Dalam pada itu, Trump juga sekali lagi berkata dia akan meminta Eric menghubungi Prabowo sebelum pemimpin Republik Indonesia itu bertanya sama ada Eric atau Don Jr. yang akan menghubunginya.
Sebagai info, Eric Trump dan Donald Trump Jr. memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif dalam Trump Organization, yang menjalankan operasi perniagaan melibatkan hartanah, hospitaliti dan usaha berasaskan teknologi blockchain.
Jika dilihat dalam laman web syarikat tersebut, Trump Organization mengendalikan sebuah kelab golf di luar Jakarta dan sebuah lagi projek kelab golf serta resort di Bali disenaraikan sebagai “akan datang” di dalam laman itu.
Sumber: Astro AWANI, X