in

Tak Payah Check Dah! KJ Umum Pemeriksaan Suhu Tidak Lagi Diwajibkan

fi suhu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam mengumumkan bahawa individu yang memasuki mana-mana premis kini tidak perlu lagi membuat pemeriksaan suhu.

Sebaliknya memadai dengan hanya membuat imbasan (scan) bagi rekod butiran diri di aplikasi MySejahtera sahaja.


“Cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat mingguan Kuartet Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” jelas KJ pada sidang media tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau menambah setiap individu masih perlu menunjukkan sijil vaksinasi sebelum memasuki premis kedai atau restoran. Di samping itu, pemilik premis juga perlu memastikan jarak fizikal dan pemakaian pelitup muka dipatuhi (apabila tidak makan) oleh orang ramai.

“KKM juga mengesorkan agar orang ramai menghidupkan ciri pengesanan bluetooth MySejahtera kerana ia sangat berguna bagi mengesan kontak.”- KJ.

Meskipun tidak wajib, tetapi ia sangat disyorkan kerana ciri tersebut akan memberitahu individu sekiranya seseorang itu merupakan kontak kasual.

Pun begitu, ia tidak bermakna mereka perlu dikuarantin, tetapi hanya perlu memantau simptom pada diri sahaja, jelas KJ lagi.

Khairy mengumumkan perkara itu pada sidang media di parlimen semalam (pada khamis).

Sumber: Twitter

Baca: “Pemeriksaan Suhu Badan Sebagai SOP Covid-19 Tidak Lagi Relevan” – Pakar

baca suhu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.