Minggu ini, telah hangat diperkatakan oleh warga maya di beberapa laman sosial tentang seorang artis yang didakwa telah berkelakuan curang beberapa kali sebelum ini.
Baru-baru ini telah tular sebuah video mengenai pelakon terkenal, Aliff Aziz yang dilihat sedang bersembang bersama seorang wanita dipercayai di tempat parkir sebuah kelab malam.
@mstarmalaysia Wahhh, Aliff Aziz tengah shooting drama ke tu? #BeritaDiTikTok #mStar
Namun, dakwaan tersebut telah ditepis oleh rakan pelakon Aliff, iaitu Shahidan Izwan yang mengatakan bahawa mereka berada di kelab malam tersebut adalah atas sebab kerja dan babak penggambaran yang berlaku di situ.
Tapi, pengarah tak kenal pun perempuan tu?
Bagaimanapun hari ini, pengarah drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Osman Ali telah tampil menjelaskan mengenai penularan video mamaparkan Aliff Aziz sedang berhibur di sebuah kelab malam.
Osman, 50, berkata rakaman tersebut telah diambil semasa Aliff sedang menjalani penggambaran untuk salah satu babak dalam drama berkenaan.
Walaubagaimanapun, dia memberitahu yang dia tidak mengenali wanita yang dilihat bersama Aliff dalam rakaman yang tular itu.

Jelasnya, beberapa hari yang lepas memang mereka mengadakan penggambaran di kawasan kelab malam kerana watak yang dibawa Aliff adalah seorang playboy yang memerlukan ramai pelakon wanita.
“Sebab terlampau banyak pelakon tambahan yang ada di set penggambaran, jadi saya pun tidak pasti siapa wanita itu.”
“Waktu itu juga ada dua team yang buat penggambaran, satu di kelab malam dan satu lagi di sebuah rumah yang melibatkan pelakon lain,” katanya.
Di samping itu, pengarah tersebut juga menjelaskan bahawa dia tidak memandang serius mengenai video berkenaan sebab rakaman itu tidak jelas dan dirakam secara curi-curi.
“Saya tak beri perhatian sangat sebab rakaman macam kabur. Mungkin wanita itu ialah pelakon tambahan sebab saya tak dapat ‘cam’ muka dia,” ujarnya.
Strategi nak promote drama baru ke?

Apabila ditanyakan adakah video tersebut salah satu cara untuk ‘promote’ drama yang bakal bersiaran hujung bulan ini, Osman memberitahu perkara itu tidak pernah difikirkan oleh produksinya.
Malah, dia mendakwa video tersebut telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan memohon orang ramai agar tidak memberi tanggapan yang tidak elok terhadap pelakon tersebut dan dramanya itu.
“Saya tak guna cara macam itu untuk promosikan drama. Kita tak tahu apa tujuan orang yang sebar video itu mungkin tanpa niat tetapi tiba-tiba jadi isu pula,” katanya.
Sumber : mStar
Hmmm korang rasa apa motif ada pihak upload tu?
Baca : “Member kena fitnah” – Rakan Artis Dedahkan Perkara Sebenar Kenapa Aliff Aziz Di Kelab Malam

