in

“Tak pasal anak pun terbabit” – Anak Kena Buli Dekat Sekolah Sebab Bapa Cakap Kemaluan Ibu Bau Ikan Masin

Bau Ikan Masin

Pada bulan lepas, kecoh di media massa Indonesia tentang kisah pelakon Galih Ginanjar yang berkata kemaluan bekas isterinya, Fairuz A Rafiq berbau seperti ikan masin.

Selepas cerita itu viral di internet, Fairuz bertindak menyaman bekas suaminya itu kerana menjatuhkan maruahnya. Isu dalam selimut itu menjadi perhatian ramai selepas pendedahan yang dibuat Galih menerusi satu temubual bersama Rey Utami dan Pablo di sebuah program yang disiarkan melalui Youtube.

Galih1
sumber: youtube

Bukan tu je, dia turut cakap yang hubungan seks antara mereka ketika masih bergelar suami isteri hanya bertahan selama 15 minit sahaja.

Disebabkan malu dan sakit hati dengan tuduhan Galih, Fairuz dan suaminya kini Sonny Septian membuat laporan polis dan difahamkan kalau disabit kesalahan, Galih akan dikenakan hukuman penjara maksimum 6 tahun.

Galih2

Galih3
sumber: kompas

Bukan hanya Fairuz yang terkesan, tetapi kini anak mereka King Faaz Arafiq yang berusia 7 tahun turut terheret dalam isu yang sangat memalukan ini.

Menurut Liputan6, King Faaz telah menjadi mangsa buli di sekolah dek kerana kisah ibu bapanya yang viral di internet sejak Julai lepas. Namun, isteri Galih, Barbie Kumalasari sebaliknya menyalahkan Fairuz kerana dia tidak mahu berdamai dengan Galih.

Anak5

Galih7
sumber: brilio

“Iyalah risiko, nama pun kanak-kanak mesti akan jadi begitu (buli). Makin viral berita itu… pasti emosi anak pun kena! Sejak awal saya dah cakap kasihan dekat anak, tapi permintaan untuk berdamai tak dilayan, ya sudah!”

“Mahu tak mahu itu ayahnya, pasti akan lebih ramai membuli atau memanjangkan isu ini sampai proses perbicaraan. Ia akan membuatkan psikologi anak menjadi lebih parah, jadi yang kena nanti anaklah!”

Galih4
sumber: kapan lagi

Galih bersama Rey Utami dan Pablo kini masih lagi dalam tahanan pihak polis Indonesia dan sedang dibicarakan. Sebelum ini, pelakon berusia 31 tahun itu nafi ‘bau ikan masin’ itu merujuk kepada kemaluan bekas isterinya.

Baca: “This is a story of B*bi, an ex husband” – Wanita Dedah Bagaimana Bekas Suami Makciknya Curang Dengan Rakan Sekerja

Feat

Sumber: Kompas
Sumber: BRIL!O