in

Tak Nak Bayar Denda Punya Pasal, Wanita Warga China Bawa Lari Kereta Dari Depoh Tunda MPAJ

Lari Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warganegara China telah ditahan polis selepas wanita tersebut melarikan keretanya yang berada di Depoh Tunda Kenderaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita tersebut bertindak sedemikian kerana enggan membayar denda yang dikenakan oleh MPAJ.


Difahamkan, keretanya jenis Perodua Axia itu telah ditunda ke depoh tersebut oleh penguatkuasa kerana ia telah menghalang lalu lintas baru-baru ini.

Meskipun kakitangan MPAJ yang melihat kejadian itu cuba untuk mengejar kereta yang dibawa lari oleh wanita berkenaan tapi percubaan itu tidak berjaya.

12

Artikel Berkaitan: “KKM rampas 502 jenis ubat” – Warga Bangladesh Jadi Doktor Palsu Siap Tawar Perkhidmatan Perubatan

Artikel berkaitan: Kes Selamba Ceroboh Rumah Kosong, 3 Warga Bangladesh Ditahan Polis

Oleh itu, kakitangan MPAJ kemudiannya telah membuat laporan agar pihak polis dapat membantu mencari wanita tersebut.

Difahamkan juga, wanita warga China itu mempunyai suami iaitu seorang lelaki tempatan.

Dia yang berusia 45 tahun itu akhirnya berjaya ditahan di hadapan sebuah rumah di Taman Melawati, Ampang Jaya.

Kenderaan tersebut dan sebatang anak kunci milik wanita itu kemudiannya dirampas oleh pihak polis.

13 1

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.