in

“Tak minta free pun tapi…” – Pelanggan Terkejut Jumpa Mata Kail Dalam Lauk Ikan, Peniaga Katanya Buat ‘Derk’ Je Bila Ditegur?

Pengotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Soal kebersihan dalam makanan ni sangat penting tambahan pulak kalau kita ni  membuka restoran buat pelanggan. Kalau lah ada apa-apa yang tak kena dengan makanan kita, pastinya nama peniaga akan terpalit sebagai pengotor dan restoran pula akan di’banned’ pelanggan.

Baru-baru ni, seorang pelanggan mengadu di Facebook bahawa lauk ikan yang diambilnya dekat sebuah kedai di Batu Pahat dijumpai mengandungi mata kail yang tajam. Aik macam mana boleh jadi macam tu?? 


 

“Kalau ikan ni dicuci bersih, takkan la tak jumpa mata kail ni, pakej dengan tali tangsi lagi” 

Menurut pelanggan tersebut, semuanya terjadi apabila dia terjumpa sebentuk mata kail di dalam lauk ikan yang diambil. Tambahnya lagi, bukan jumpa mata kail je, tali tangsi pun ada sekali. Uish gillalah! 

Lebih merumitkan keadaan, bila si pelanggan ni adukan hal tersebut pada peniaga, individu tu katanya hanya meminta maaf saja dan tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

Mata Kail

83177737 2619936834720864 4286458914247016448 N

83848109 2619936911387523 629677420030459904 O
sumber: facebook

 

“Subhanallah, boleh dikenakan tindakan. Kalau termakan macam mana?” 

Posting ini telah mendapat macam-macam komen daripada netizen yang terkejut atas apa yang menimpa pelanggan tersebut. Malah ramai juga mengaku yang mereka pernah alami perkara yang sama. Adui bahaya tuuu! 

Kena
sumber: facebook

 

Anak peniaga jawab posting viral pelanggan? 

Apa-apapun kalau berlaku kes begini, admin sarankan supaya korang baca kisah ini daripada dua belah pihak. Sebab menurut anak peniaga tersebut, pelanggan ni katanya telah mengugut bapanya pula. 

Malah dia juga mengaku bapanya telah menawarkan diri untuk bayar wang ganti rugi kepada pelanggan tersebut tetapi mangsa pulak viralkan cerita tersebut dengan cubaan menjatuhkan maruah bapanya. Haih macam mana ni? 

Jawab 1
sumber: facebook

Harap-harap kes ini adalah jalan penyelesaiannya. Tak baik lah pulak gaduh-gaduh kat media sosial macam ni. 

Baca: “Pergh makin tambah selera” – [VIDEO] Viral Restoran Jual Mee Goreng Ayam Berulat Di Perak

Premis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.