in

Tak Menyerupai Angpau, Mufti WP Jelaskan Hukum Beri Duit Raya

ft duit raya MUFTI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang lebaran tahun ini, pasti ramai di antara kita yang tak sabar-sabar nak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara.

Seperti yang kita tahu, duit raya seakan-akan telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat setempat dan kanak-kanaklah yang paling gembira menerimanya.


duit raya 2

Walaubagaimanapun, ada segelintir individu yang mengaitkan pemberian duit raya ini sebagai ‘tasyabbuh’ (penyerupaan) dengan angpau yang diberikan ketika Tahun Baru Cina.

Isu duit raya dan tasyabbuh ini telah pun dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan;

“Kami berpandangan, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam.”

“Berkaitan dengan isu tasyabbuh (penyerupaan) di antara duit raya dengan angpau yang diberikan semasa perayaan kaum Cina, kami melihat bahawa tidak terdapat sebarang unsur tasyabbuh di antara perkara tersebut.”

“Ini kerana pemberian duit raya ada asasnya di sisi Islam iaitu termasuk dalam kategori sedekah yang hukumnya sunat. Justeru, tidak timbul isu tasyabbuh di sini (duit raya),” katanya.

Duit raya dikira sebagai sedekah

7

Menurut Mufti WP, perbuatan bersedekah kepada ibu bapa juga termasuk antara ibadah yang sangat menguntungkan.

Ini kerana, ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu;

  • Birrul walidain (berbuat baik kepada kedua ibu bapa)
  • Mengeratkan silaturahim
  • Pahala bersedekah

Oleh itu, jika duit raya diberikan kepada kaum kerabat mahupun sanak saudara, seseorang itu turut mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan juga pahala menghubungkan silaturahim.

Perkara ini dirujuk berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d bin Abi Waqqas R.A Rasulullah S.A.W bersabda :

Screenshot 1

Duit raya bukan paksaan

image 85 768x463.png

Pemberian duit raya bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturahim dan budaya ziarah menziarahi.

Bagaimanapun, pemberian duit raya tidaklah dilakukan secara takulluf (memaksa diri) tetapi mengikut kemampuan.

Sumber : Mufti WPKL, SinarPlus

Baca : Bagi Duit Raya RM10K & Hantar Pergi ‘Healing’, Netizen Puji Cara Majikan Ini Jaga Bibik

bibik dapat duit raya rm10k 728x383 1

Sumber: SinarPlus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.