Sejak kebelakangan ini, hangat menjadi bualan netizen tentang pasangan suami isteri selepas video mereka di TikTok menjadi viral. Kisah mereka menjadi tumpuan kerana si isteri, Syakila Norazma Amira Zuharsema bersaiz kecil dengan ketinggian 118 sentimeter.
Suami Syakila, Azri Zaidi menerima banyak pujian netizen kerana ikhlas menerima isterinya meskipun memiliki perbezaan ketinggian yang ketara. Malah, pasangan ini sering berkongsi video mereka bersama di TikTok dan turut menunjukkan aksi Azri mendukung Syakila.
@buyahhh terima kasih kerana terima kekurangan diri ini. kenal 10/5/2020 , tunang 3/2/2021 nikah 18/3/2021. walaupun beribu dugaan , tp allah permudahkan 😌
@buyahhh buleh bini kecik , tok laki dukung saje la 🤣 #fyp
Video-video yang dimuat naik oleh Syakila atau mesra dipanggil Yaya itu, semuanya mendapat jutaan tontonan di TikTok dan views paling tinggi mereka dapat adalah sebanyak 25.5 juta!
Namun, timbul pula isu di mana segelintir individu di TikTok berpendapat bahawa pasangan tersebut sengaja menunjukkan kemewahan kerana video banyak berlatarbelakangkan rumah dan kereta mewah.
https://www.tiktok.com/@buyahhh/video/6950635834609634562
Bukan itu saja, ramai yang turut memberikan respon kurang senang terhadap pasangan tersebut dan mendakwa mereka sengaja tayang kebahagiaan di media sosial semata-mata untuk menjadi viral.
https://www.tiktok.com/@buyahhh/video/6946501179882966273
Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang berkata mereka semakin meluat dengan aksi mesra pasangan berkenaan terutamanya apabila Azri dilihat sering mendukung Yaya di dalam video. Seorang individu berkata,
Tak habis lagi ke kerja nak dukung je.”
Kalau tanya pendapat admin, senang je. If rasa meluat, menyampah nak tengok tu, terus je scroll dan tak payah komen…
Baca: Ramai Sangka Pengantin Perempuan Budak Sekolah, Rupanya Umur Dah Nak Dekat 30-an