in

“Tak mampu bayar sewa?” – Suami Bunga Citra Lestari Didakwa ‘Songlap’ Wang Syarikat RM 1.7 Juta

Syaz Ft 2024 06 05T101744.004

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, pelakon terkenal dari Indonesia, Bunga Citra Lestari selamat bernikah dengan usahawan dari Tiko Aryawardhana di Bali pada bulan Disember tahun lalu.

Baru-baru ini, terdapat dakwaan di mana Tiko didakwa menyeleweng dana syarikatnya dengan bekas isterinya sebanyak RM1.7 juta.


Artikel berkaitan: Kunjungi Al-Ula Selepas Buat Umrah, Netizen Kecam Bunga Citra Lestari & Keluarga

Artikel berkaitan: “Semoga tak terbuka lagi” – BCL Pergi Umrah Tapi Lain Pula ‘Pesanan’ Netizen?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Syarikatnya, PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) itu merupakan syarikat perusahaan makanan dan minuman, bekas isterinya, Arina Winarto, mendakwa penyelewengan itu dilakukan antara 2015 hingga 2021.

Menurut laporan Astro AWANI, peguam Arina, Leo Siregar dalam satu kenyataan media berkata, Tiko bertindak sebagai pengarah urusan, manakala Arina yang mengeluarkan modal pula menjadi pengarah, yang juga pemegang saham majoriti syarikat tersebut.

“Tiko mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan kegiatan syarikat, termasuk kewangan, dan Arina lebih pasif dan hanya mahu melihat urusan syarikat berjalan lancar.

Bagaimanapun pada 2019, Tiko telah menyatakan hasrat untuk menutup syarikat, atas alasan tidak mampu membayar sewa.

Memandangkan dokumen keuntungan dan kerugian yang mencurigakan, Arina mula menyiasat dan membuat laporan bahawa dokumen itu telah dimanipulasi.

Arina kemudian melakukan siasatan dan audit, sebelum mendapati dana sebanyak RM1.7 juta telah digunakan,” katanya.

Susulan itu, bekas isteri Tiko membuat laporan polis pada 2022 selepas dia gagal menjelaskan mengenai audit syarikat dan kini sedang dalam tindakan pihak berkuasa.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.