Rasanya kebanyakan daripada kita mengikuti kisah pergolakan rumah tangga pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar dan isterinya baru-baru ini.
Meskipun kesudahan hubungan pasangan ini masih menjadi tanda tanya, semalam Shuk dilihat telah membuat kejutan di Instagram Live isterinya dengan meminta izin berkahwin lain. Alamak apa sudah jadi ni?
Isteri terkejut, Shuk lengkap berbaju Melayu minta izin kahwin lain?
Live tersebut pada awalnya dimulakan dengan isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera bersama rakan kongsinya ingin membuat promosi mengenai produk mereka.
Walau bagaimanapun, Shuk secara tiba-tiba telah meminta izin untuk join live tersebut dan muncul di skrin dengan berpakaian pengantin serba biru.
Shuk kemudian menyatakan hasratnya untuk meminta berkahwin lain tetapi kejadian tersebut ternyatalah hanyalah ‘prank’ semata-mata apabila pelawak ini muncul di hadapan rumah isterinya dengan satu rombongan bersama kompang. Pulak…
Korang tengoklah sendiri IGTV yang dikongsikan Sera ni…
https://www.instagram.com/tv/CLCI4GDjRSg/?igshid=mu69tpdou9hp
Hanya gimik produk?
Pun begitu, pertemuan Shuk dengan isterinya tersebut seakan-akan macam gimik produk pula apabila pelawak ini dilihat mencuba krim yang dipromosi isterinya.
Sehingga setakat ini, tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut daripada pihak Sera dan Shuk tentang status hubungan mereka yang dilanda badai ketika ini.
Rata-rata netizen walau bagaimanapun merasakan tindakan Shuk yang ‘prank’ Sera dengan cara meminta izin untuk kahwin itu sangat keterlaluan dan ada juga yang berpandangan Sera seperti tidak selesa sepanjang sesi live diadakan.
Apa-apapun kita sebagai netizen doakan sajalah yang terbaik untuk pasangan ini dan berharap masalah mereka dapat diselesaikan dengan baik. Kasihan dengan anak-anak tu.