in

“Tak kelakar langsung” – Kutuk Elly Mazlein ‘Used Car’ Di ABPBH32, Netizen Benci Cara AC Mizal Buat Lawak!

ac elly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anugerah Bintang Popular tanpa pengacara ‘wow’ dan hebat berceloteh memang tak sahlah kan? Sebab tulah pengacara Datuk AC Mizal digandingkan dengan Elly Mazlein atau sekarang lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom bagi memeriahkan suasana majlis.

Tapi niat AC nak bergurau dengan Kak Lina nampaknya tak kena tempat apabila pengacara tu tiba-tiba melabel rakan pengacaranya sebagai ‘used car’. Opss ini sudah lebih…


 

“Jahat doh AC panggil Kak Lina “used car”. LIVE satu Malaysia tengok kot” 

Menerusi perkongsian klip video di Twitter, netizen ini merasakan AC Mizal agak keterlaluan memanggil Elly sebagai ‘used car’ semasa bergurau dengan Zizan dan Mira Filzah. Used car kat sini memberi maksud sebagai janda.

https://twitter.com/NasirPasir/status/1175782381459886086?s=19

Walau bagaimanapun, mujurlah Elly berjaya mengawal perasaan seperti yang korang tengok kat video di atas dan tak mudah melatah.

 

“AC Mizal kan sapa je tak kenal. Cakap main lepas” 

Rata-rata netizen yang melihat siaran langsung di atas memang bengang gilalah dengan sikap AC. Siap ada yang cakap AC memang sudah terkenal dengan sikap cakap lepasnya tu sejak dari dulu lagi. Malah rasanya tak molek kalau kita samakan wanita dengan objek.

LAWAK
Sumber: Twitter

 

“Jangan sensitif sangat… kita chill chill” – Elly

Walau bagaimanapun, mujurlah Elly tak terasa hati dan dia juga memuat naik video tersebut di laman Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/B2uLObqHWEK/

Jangan sensitif sangat… kita chill chill sejuk sejuk ya” 

Rata-rata peminat yang membaca komen Kak Lina Pom Pom ni memuji sikapnya yang tenang sepanjang majlis berlangsung.

Apa-apapun admin harap tiadalah lagi jenis lawak yang macam ni muncul dalam mana-mana majlis berprestij. Buat malu sangat tau! 

Baca: “Who is this makcik?” – Kecam Ketua Army Malaysia Ambik Trofi, Netizen Tak Faham Kenapa BTS Menang ABPBH32?

kpop dan makcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.