Penyanyi Luqman Faiz baru-baru ini ada meluahkan rasa bengang apabila ada segelintir pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan video dan foto miliknya untuk tujuan yang tidak elok.
Rasa bengang itu diluahkan menerusi satu video di platform media sosial dan ia tular beberapa hari lepas sehinggakan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Artikel berkaitan : FIFA 21 Dedah Statistik Luqman Hakim Di KV Kortrijk, Boleh Tahan Laju!
Artikel berkaitan : “Bukan kaleng-kaleng!” – Ini 5 Pemain Bola Sepak Negara Yang Mencipta Nama Di Peringkat Antarabangsa
Luah penyanyi lagu Kepuraanmu ini lagi, dia sering diganggu dengan imej yang bukan-bukan menerusi DM.
“Aku straight, korang semua share gambar, video aku dekat gym semua tu aku tak halalkan, aku straight, korang dengan komuniti korang boleh buat sesama korang, but I’m not gonne be part of it, jangan kacau aku ada yang DM gambar entah apa-apa, kat Twitter tu yang komen entah apa-apa aku staright, mak aku lahirkan aku elok, menggeletar do mat.”
The hot iron UPNM incident and the Luqman Faiz case scream toxic masculinity and show exactly how society — yes, women included — dismisses male victims when they speak up: oH, sUcK iT uP, yOu’Re a mAn, hAnDLe iT LikE a pRo.
He’s straight.
And he told you to leave him alone. pic.twitter.com/Dp3Fovt13r— HELENA (@LVGIF) November 8, 2024
Tidak lama selepas itu, ada seorang TikToker tampil memberikan pandangannya berkenaan sikap seorang lelaki yang ‘panas punggung’ apabila diganggu lelaki songsang malah dia juga turut mempertikaikan sikap lelaki sejati yang lantang menegaskan dirinya tidak songsang.
Have to agree with him.
Jantan str8 x hamak/heran pn kena kacau. Dia x gelabah.
Yg Nor Gayah Coverina tpaling str8 ni je yg suka yapping out loud pasal kena usha ni (padahal suka sbb boost ego sndiri)
Credit to @dendeng via Tiktok pic.twitter.com/8lRH9L2YeH
— Kak Bam 🇲🇾 (@maafcakaplah) November 7, 2024
Terpanggil dengan kenyataan yang diberikan oleh individu tersebut, Luqman Faiz menerusi X menegaskan bahawa tindakan segelintir kelompok yang menggunakan imejnya sebagai ‘bahan’ mereka telah mengganggu ketenteraman dirinya sehinggakan ramai yang mempersoalkan seksualitinya.
Malah Luqman juga menegaskan yang dia orang yang berkawan dengan semua orang tetapi jangan sampai libatkan dirinya sebagai sebahagian daripada ‘komuniti’ itu kerana ia dikira sebagai fitnah.
2. Aku berkawan dengan semua jenis manusia dan tak pernah condemn apa preference orang pun. Tapi sampai libatkan aku, macam aku ni part of your community, adalah satu fitnah atas diri aku.
— Luqman Faiz (@luqmnnfaiz) November 7, 2024
Dalam pada itu, Luqman juga memohon kepada lelaki di luar sana untuk tidak terlalu menurut kehendak segelintir puak yang suka menormalisasikan kehendak mereka.
4. Untuk lelaki, jangan takut kalau diganggu. “Diam je” “mana ada lelaki straight mengaku straight”. They’ll do whatever it takes to normalise their culture.
— Luqman Faiz (@luqmnnfaiz) November 8, 2024
Dalam pada itu, ada juga individu lain yang menempelak pertikaian pemuda tersebut dan menegaskan bahawa lelaki juga ada hak untuk bersuara.
Sumber: X