Baru-baru ni, kerajaan telah memperkenalkan satu perkhidmatan teksi motosikal terbaru yang dikenali sebagai Gojek dengan tujuan untuk membantu anak muda meningkatkan pendapatan hidup.
Pun begitu, menurut Astro AWANI, langkah kerajaan ini mendapat teguran Mufti Selangor yang berpendapat perkhidmatan Gojek ni tidak islamik dan tidak sopan.
“Tak sesuai, lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal yang sama”
Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berterus terang mengatakan bahawa lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal boleh undang kepada fitnah.
Malah bagi mengelakkan tuduhan fitnah berkenaan, lebih elok perkhidmatan ini tidak diadakan.
“Tak sesuai, lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal yang sama. Mungkin penunggangnya lelaki dan pemboncengnya perempuan atau sebaliknya. Apa ke halnya kena ada situasi begitu?
“Keadaan itu jelas tidak Islamik dan tak sopan. Naik motosikal berdua bukan muhrim, tak diharuskan,” kata Mufti Selangor.
Malah tambahnya lagi, mungkin kerajaan boleh memikirkan langkah lain yang lebih baik bagi mengelakkan masalah ini.
“Buat Gojek Pink atau Gojek Ladies” – Netizen
Pendapat Mufti Selangor ini kemudian mendapat perhatian netizen di Twitter yang memberi cadangan supaya diadakan Gojek khas buat wanita yang mana penunggangnya seorang perempuan dan hanya mengambil penumpang perempuan.
https://twitter.com/rihajamil/status/1164528044763049984
Pendapat ini dipersetujui oleh netizen lain yang menganggap ia satu idea yang bernas. Yalah kan, bagus jugak kalau ada Gojek versi perempuan. Tak ada lah rasa takut nak membonceng.
Korang rasa macam mana? Wajar tak wujudkan Gojek khas buat wanita? Macam best je kan kalau ada Gojek Ladies ni!