in

Tak Halang Orang Ramai Dari Ziarah Pusara Arwah, Tapi Perlu Jaga Adab Ketika Ke Tanah Perkuburan – Bapa Nurly

kubur arwah nurly sahirah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi kediaman dan pusara pelajar UPSI yang meninggal dunia dalam nahas bas iaitu Nurly Sahirah sehingga ada dakwaan yang mengatakan ada individu yang mengambil tanah kubur pusara arwah, keluarga pelajar tersebut memutuskan untuk memasang tali di sekeliling kubur arwah.

Menurut bapa arwah, Azman Mohamad, tiada halangan untuk orang ramai untuk ke pusara anaknya itu bagi menziarah namun jika benar ada yang mengambil tanah kubur, individu itu perlulah memohon ampun daripada Allah SWT, lapor Harian Metro.


Dalam masa yang sama, bapanya turut mengharapkan agar mereka yang menziarah kubur arwah untuk menjaga perilaku dan adab ketika berada di kawasan perkuburan.

pusara arwah Nurly Sahirah

Artikel Berkaitan: “Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum”- Keluarga Pelajar UPSI Arwah Nurly Sahirah Tidak Akan Terima Tetamu Bermula 2/7 Ini Sehingga 5/7

Artikel berkaitan: Nahas UPSI: Lukisan Allahyarham Mustaqim Seakan Beri Gambaran Kemalangan

Perbuatan mengambil tanah kubur untuk digunakan sebagai azimat seperti menyapunya pada wajah anak merupakan tindakan yang salah dalam Islam kerana ia bertentangan dengan ajaran agama kita.

Untuk mereka yang mahu menziarah kubur arwah Nurly Sahirah, bapanya mengatakan cukuplah dengan menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Nurly.

8 1

Difahamkan, susulan perbuatan syirik oleh sesetengah pihak, pihak Pejabat Agama Daerah Besut turut meronda di kawasan kubur itu ketika waktu malam agar kejadian yang tidak diingini boleh dielakkan.

Dalam masa yang sama, bapa Nurly Sahirah juga meminta maaf jika layanan yang diberikan oleh keluarga mereka kepada mereka yang datang menziarah ke rumah tidak memuaskan.

Ini kerana saban hari, terlalu ramai yang berkunjung ke kediaman mereka dan mereka sekeluarga risau sekiranya ada pengunjung yang tidak sempat dilayani oleh mereka.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.