in

“Tak guna punya jantan” – Sekolah Buat Bacaan Yasin Sebab Pelajar Perempuan Hilang 3 Hari, Tapi Rupa-rupanya…

Mangsa Rogol Bf

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun tiba-tiba hilang pada 22 Oktober lepas selama 3 hari. Menurut Sosok, kejadian itu berlaku di sebuah kota dekat Sumatera Selatan dan kehilangan gadis terbabit menjadi bualan ramai.

Pada tarikh tersebut, kira-kira jam 2 petang gadis itu dilaporkan keluar rumah dan tidak pulang selepas itu. Ibu bapanya malah datang ke sekolah setiap hari untuk bertanya sama ada gadis itu hadir ke sekolah atau tidak. Mereka juga turut bertanya kepada teman lelaki gadis itu namun dia bersumpah tidak tahu keberadaannya.

Mangsa1
sumber: tribun

Pihak sekolah mengambil inisiatif membuat bacaan Yasin sebelum pelajar perempuan itu dijumpai dalam keadaan compang camping dan sudah terlalu lemah dengan baju yang koyak. Dia kemudian dikejarkan ke hospital terdekat dan akhirnya terbongkarlah apa yang sebenarnya berlaku kepadanya.

Difahamkan ketika hari dia dilaporkan keluar rumah, gadis itu telah pergi berjumpa teman lelakinya sebelum meminta lelaki tersebut menghantar pulang ke rumah. Menaiki motor Honda, pelajar lelaki itu membawanya pusing jalan-jalan sebelum berhenti di satu tempat.

Lepas berhenti motor, dia ajak gadis itu membuat seks namun ditolak. Bengang kerana ajakan seks ditolak, lelaki berkenaan bertindak membelasah dan merogolnya.

Mangsa2
sumber: tribun

Gadis itu kemudian ditinggalkan begitu saja di kawasan itu sebelum dijumpai 3 hari kemudian. Ketika ditahan pihak polis, lelaki terbabit tidak melawan dan mengaku telah memukul serta merogol mangsa.

Menurutnya, mangsa datang menemuinya untuk memaklumkan yang dirinya hamil dan minta bertanggungjawab. Disebabkan bengang mendapat tahu mangsa hamil, dia bertindak merogol teman wanitanya itu.

Jadi pengakuannya, suspek tidak terima mangsa mengaku hamil, sehingga melakukan penganiayaan dan pemerkosaan itu.”

Rogol Awek
sumber: tribun

Rupa-rupanya suspek sendiri tak sangka teman wanitanya itu masih hidup dan terkejut bila dia dijumpai di tempat kejadian. Dia malah datang sekolah macam biasa dan seperti tiada apa yang berlaku.

Menurut Tribun, ujian kehamilan dijalankan ke atas mangsa dan disahkan negatif. Mangsa dikatakan tidak tahu menggunakan ujian kehamilan dan menyangka garis satu menandakan dirinya hamil.

Testpack
gambar hiasan

Itu tidak benar, sampai sekarang dia masih menstruasi (haid) kok. Selain itu juga ada hasil visum (laporan perubatan) yang menyatakan dia tidak hamil.”

Suspek berusia 18 tahun dan kini di bawah tahanan pihak polis dan berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabit bersalah. Keluarga mangsa menuntut agar suspek diberi hukuman berat kerana perbuatan kejamnya terhadap mangsa.

Keluarga berharap tersangka dihukum seberat-beratnya karena tidak berkeprimanusiaan.”

Baca: “Dia sempat minta maaf, tapi…” – Remaja ‘Habiskan’ Nyawa Sepupu Sendiri Sebab Selalu Kena Ejek Miskin

Bunuh Sepupu