• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Tak fikir nyawa penumpang ke?” – Riba Wanita Ketika Bawa Bas, JPJ Siasat Pemandu Bas Ekspres

by Syaziyah Sharif April 13, 2026, 12:18 pm

ShareTweet
Syaz Ft 2026 04 13T121101.434

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang giat menjalankan siasatan susulan tularnya sebuah video yang mencetuskan kemarahan netizen, memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu bas ekspres yang didakwa memandu sambil meriba seorang wanita.

Menerusi rakaman yang dipercayai diambil oleh salah seorang penumpang, wanita tersebut dilihat duduk di atas riba pemandu sambil tangannya turut memegang stereng ketika bas sedang dipandu laju di lebuh raya. Bukan itu sahaja, satu lagi rakaman dashcam daripada kenderaan lain menunjukkan bas berkenaan memandu secara meluru dan menyelit di celah-celah kenderaan, sekali gus membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.


Artikel berkaitan: 30 Penumpang Berdepan Detik Cemas, Bas Ekspres Bertembung Lori Dari Arah Bertentangan 

Artikel berkaitan: JPJ Wajibkan Penumpang Bas Ekspres & Persiaran Untuk pakai Tali Pinggang Keledar Berkuatkuasa Selasa Ini

Kejadian itu dipercayai berlaku melibatkan perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai. Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, pihaknya tidak berlengah dan terus mengambil tindakan sebaik sahaja rakaman tersebut tular.

“Siasatan segera dijalankan susulan video tular itu. Pemandu dan syarikat bas yang terbabit sudah pun dikenal pasti. Pemandu berkenaan juga sudah dipanggil untuk diambil keterangan pagi ini,” jelas beliau.

Datuk Muhammad Kifli menambah, sebaik sahaja kertas siasatan dilengkapkan, kes tersebut akan dirujuk terus kepada Ketua Pengarah JPJ untuk menentukan tindakan dan arahan selanjutnya. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan mengenai insiden ini supaya tampil menyalurkannya di mana-mana pejabat JPJ berhampiran.

Dalam masa yang sama, beliau memberikan peringatan keras kepada semua pemandu, khususnya bagi sektor kenderaan komersial, agar tidak memandang remeh undang-undang jalan raya.

Sumber: Harian Metro, Facebook

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Syaz Ft 2026 04 13T121101.434

    “Tak fikir nyawa penumpang ke?” – Riba Wanita Ketika Bawa Bas, JPJ Siasat Pemandu Bas Ekspres

  • Syaz Ft 2026 04 13T105024.333

    “Semoga selamat sampai” – Kanak-Kanak Barcelona Hantar ‘Cinta’ Dalam Beg Sekolah Buat Rakan Sebaya Di Gaza

  • 40015E64 C04E 412F 99B0 1A88B9F01F97

    Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Di Depan Surau Sekolah

  • Zulkifli Hasan

    Jangan ‘Share’ Suka Hati, Sebar Berita Palsu Boleh Jadi Dosa Jariah!

  • Whatsapp Image 2026 04 12 At 5.14.05 Pm 1

    Polis Siasat Video Tular Budak 13 Tahun Baling Bata Ke Tingkat Bawah PPR

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 9

    Slim Chickens Kini Di Malaysia, Jenama Ayam Goreng Dari US Ini Sasar ‘Trend Fast-Casual’ Yang Makin Popular

  • Collage 7

    Harvey Norman Lancar Tilam Hilker V-Series Di Malaysia, Siap Ada 10,000 Spring & Teknologi Dari Jerman

  • Collage 8

    Kerjasama TikTok, Forum Kandungan dan PAGE Perkasa Ibu Bapa dalam Kesejahteraan Digital Remaja melalui #ThinkTwice Training

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Masalah Kesihatan Andi Bernadee

    Berat Badan Susut, Andi Bernadee Dedah Dirinya Alami Penyakit Hipertiroid

  • Syaz Ft 2026 04 10T163258.781

    “Mahal gambar ni” – Bergambar Dengan Ina Naim & Suami, Mawi Dipuji Netizen

  • Collage 1

    Rasi Jiwa Live In KL: Malam ‘Healing’ Dengan Suara Penuh Perasaan Bersama Ghea Indrawari

  • Ft Norish Karman

    Gagal Hubungi Anak Sulung, Netizen Mula Was-was Dakwaan Norish Karman Sedang Kritikal

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube