in

“Tak faham maksud sebenar lahabau” – MP Mohon Maaf Guna Perkataan Tak Sesuai Untuk Kempen PRN Melaka

lahabau melaka perkataan kasar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching telah menggunakan perkataan ‘lahabau’ dalam slogan “Lahabau Melaka, Jom Undi” di Facebook peribadinya bersempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

‘Lahabau’ menurut laman web Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) ialah satu kata makian yang membawa maksud tidak berguna atau tidak boleh diharap.


252769548 4550250365010362 4948826166223296306 n

Penggunaan perkataan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang netizen yang sekaligus membuatkan Teo dikecam dan memadam slogan tersebut dari Facebook.

 

MP mohon maaf, tidak faham makna sebenar ‘lahabau’ 

Menerusi laporan FMT, wakil rakyat berkenaan telah memohon maaf di atas penggunaan perkataan tersebut dan mengakui dia tidak memahami maksud sebenar perkataan berkenaan.

Tambahnya lagi, dia hanya cuba berkempen melalui bingkai percuma yang didapati di Facebook.

https://www.facebook.com/TeoNieChing/posts/429071181916361

Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan, khususnya DAP, hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen.

“Saya cuma ingin berkempen melalui ‘frame’ percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut.
“Namun, manusia tidak pernah lepas daripada kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial,” jelasnya.

467785

Teo juga pada masa yang sama memohon maaf kepada rakyat dan pengundi Melaka kerana terlalu ghairah untuk berkempen menerusi media sosial selepas calon dan parti bertanding dilarang untuk berkempen secara bersemuka sepanjang PRN Melaka berlangsung.

“Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa.

“Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November ini dan undi awal akan diadakan pada 16 November susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas.

Selamat mengundi orang Melaka! 

Baca: “Dah rancang majlis kahwin, teruskan” – Perhimpunan Berkaitan PRN Melaka Saja Dilarang Mulai 25 Okt Ini

kahwin

Sumber: Facebook
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.