Seorang pelajar universiti di Malaysia baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai setelah dia berkongsikan pengalamannya terpaksa membayar RM44.10 untuk segelas minumanyang dipesannya di Starbucks baru-baru ini.
Pengalamannya itu telah dikongsikan menerusi Facebook MMU Confessions namun identiti pelajar tersebut tidak didedahkan.
https://www.facebook.com/MMUConfession2020/posts/pfbid0UWvrFgDo5EXBs97PYQz9UCp3WzgwgTNpqvrXJYWuDdbCuFw1G4hrXmFyL4zbuLh8l
Meskipun confession itu ditulis dalam bahasan Mandarin, namun apabila diterjemah menerusi bantuan ciri penterjemahan yang disediakan oleh Facebook, difahamkan pelajar itu terpaksa membayar harga sedemikian untuk segelas minuman di kafe itu kerana dia tidak faham Bahasa Inggeris yang digunakan oleh barista.
Jadi, dia hanya mengangguk untuk setiap apa yang diperkatakan oleh barista tersebut.
Tanpa disedarinya, pelajar itu rupanya telah bersetuju untuk menambah add-on cookie crumbs, krim vanila dan karamel.
Untuk pengetahuan anda, di Starbucks, setiap add-on untuk setiap minuman yang dipesan perlu bayaran tambahan dan kalau tak pasti, pelanggan digalakkan untuk tanya staf atau barista agar tak terbeli sesuatu bahan minuman add-on yang dikenakan bayaran tambahan.
Perkara ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berpendapat mungkin barista tersebut cuba mengambil kesempatan untuk meningkatkan hasil jualan pada hari berkenaan.
Dalam masa yang sama, netizen lain pula mengatakan pelanggan seharusnya jujur dan bertanya kepada staf sekiranya tidak faham dengan sesuatu produk yang dijual di sesebuah kedai.
Apa pula pendapat korang tentang isu ini?
Sumber: Facebook MMU Confessions